BERLIN: Penyerang Nigeria Napoli Victor Osimhen dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Afrika buat kali pertama manakala rakan senegara dan pemain Barcelona, Asisat Oshoala memenangi anugerah wanita buat kali keenam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Osimhem dan Oshoala menerima anugerah itu pada Isnin di majlis gala badan benua CAF di Marrakesh.

Osimhem menjaringkan 26 gol musim lalu untuk membantu Napoli memenangi kejuaraan Serie A pertama sejak 1990.

Beliau mengetepikan pemain pertahanan Paris Saint-Germain dan Maghribi, Achraf Hakami dan penyerang Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah untuk anugerah itu.

Oshoala memenangi Liga Juara-Juara dan liga Sepanyol bersama Barcelona selain membantu Nigeria mara ke peringkat 16 terbaik Piala Dunia Wanita.

Beliau menjaringkan 26 gol dalam semua pertandingan.

Sementara itu, pengendali pasukan kebangsaan Maghribi Walid Regragui dan Desiree Ellis dari Afrika Selatan memenangi anugerah jurulatih terbaik lelaki dan wanita.

--BERNAMA-dpa