Strategi memasuki ruang hentian pit ketika kereta keselamatan maya (VSC) mengetuai perlumbaan ternyata membuahkan hasil untuk pemandu Ferrari, Sebastian Vettel, untuk memenangi perlumbaannya ke-48, sewaktu pembukaan Formula One di Melbourne, Australia.
Kemenangan pada Ahad itu sangat bermakna buat Vettel kerana ia merupakan kemenangan podium ke-100, sekaligus melayakkan beliau menyertai Michael Schumacher, Alain Prost dan Lewis Hamilton yang turut berkongsi rekod serupa.
Perlumbaan dimulakan dengan juara dunia, Hamilton (Mercedes) di petak pertama, kedua-dua pemandu Ferrari, Kimi Raikonnen dan Vettel di petak kedua dan ketiga, dan Max Verstappen (Red Bull Racing) di petak keempat, manakala seorang lagi pemandu Mercedes, Valtteri Bottas di petak ke-10.
Perlumbaan menjadi rancak pada pusingan ke-25, apabila kereta Romain Grosjean (Haas) mengalami kerosakan mekanikal di atas litar, hingga memaksa VSC mendahului perlumbaan buat sementara waktu, sekaligus memberi peluang kepada Vettel, Bottas dan beberapa pelumba lain memasuki perhentian pit.
Perlumbaan dimulakan kembali pada pusingan ke-31 dengan didahului Vettel.
Walaupun Hamilton cuba sedaya upaya memintas Vettel, segala strategi pemanduan yang dilaksanakan tidak membuahkan hasil, dan beliau nampak seolah-olah sudah berputus asa walaupun perlumbaan berbaki enam pusingan.
Perlawanan tamat dengan Vettel di tempat pertama, Hamilton kedua, Raikonnen ketiga, Daniel Ricciardo (Red Bull Racing) keempat dan Fernando Alonso (McLaren) kelima.
Perlumbaan pembukaan F1 musim ini menyaksikan Hamilton berada di petak pertama untuk kali ketujuh; bagaimanapun hanya mampu memenangi GP Australia sebanyak kali iaitu pada 2008 dan 2015.
Firdaus Azil
Sun Mar 25 2018
![Vettel kecewakan Hamilton di pembukaan F1 2018 Vettel kecewakan Hamilton di pembukaan F1 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81521966663_SebastianVettel.jpg)
Vettel mengucup trofi yang dimenanginya selepas muncul juara dalam pembukaan Formula One Grand Prix di Melbourne, Australia, 25 Mac, 2018. (Foto AP)
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Verstappen juara GP Qatar, penalti Norris tangguh kejuaraan McLaren Verstappen juara GP Qatar, penalti Norris tangguh kejuaraan McLaren](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733109592_tbMaxVerstappen.jpg)
Verstappen juara GP Qatar, penalti Norris tangguh kejuaraan McLaren
Pemandu Red Bull Max Verstappen bangkit daripada penalti grid untuk muncul juara GP F1 Qatar.
![F1: Lando Norris ancam kedudukan Verstappen selepas ungguli GP Singapura F1: Lando Norris ancam kedudukan Verstappen selepas ungguli GP Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727069439_FLandoNorris.jpg)
F1: Lando Norris ancam kedudukan Verstappen selepas ungguli GP Singapura
Lando Norris sekali lagi mencipta sensasi untuk mengancam kedudukan pendahulu F1 ketika ini, Max Verstappen, di kejuaraan Grand Prix Singapura.
![F1 GP Singapura: Sesi latihan tergendala, biawak masuk litar Marina Bay F1 GP Singapura: Sesi latihan tergendala, biawak masuk litar Marina Bay](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726980087_FGPSingapura.jpg)
F1 GP Singapura: Sesi latihan tergendala, biawak masuk litar Marina Bay
Sesi latihan Grand Prix Formula One Singapura tergendala seketika susulan seekor biawak berada di landasan Litar Perlumbaan Marina Bay, hari ini.
![F1 uji peranti penyejuk untuk pemandu F1 uji peranti penyejuk untuk pemandu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721472119_tbFormulaOne.jpg)
F1 uji peranti penyejuk untuk pemandu
Gabungan cuaca panas, pemakaian topi keledar serta pakaian kalis api pada hari perlumbaan boleh menyebabkan pemandu kereta F1 tidak selesa.
![F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720401014_LewisHamilton.jpg)
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
![Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716561757_MonacoGrandPrix.jpg)
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
![F1: Max Verstappen muncul juara GP China F1: Max Verstappen muncul juara GP China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713695388_TBMAXFICHINA.jpg)
F1: Max Verstappen muncul juara GP China
Pelumba Red Bull, Max Verstappen, terus mempamerkan aksi cemerlang apabila muncul juara GP China dalam saingan Formula Satu di Shanghai.
![F1: Lewis Hamilton akan 'berseronok' dari petak ke-18 di GP China F1: Lewis Hamilton akan 'berseronok' dari petak ke-18 di GP China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713673950_LewisHamilton.jpg)
F1: Lewis Hamilton akan 'berseronok' dari petak ke-18 di GP China
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton berkata dia berhasrat untuk "berseronok" dalam Grand Prix F1 China Ahad selepas berada di petak ke-18.
![Verstappen ganti Hamilton musim depan? Verstappen ganti Hamilton musim depan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695462860_MaxVerstappenF.jpg)
Verstappen ganti Hamilton musim depan?
Toto Wolff mendedahkan buat pertama kali bahawa dia berbesar hati untuk menerima kehadiran Max Verstappen menyertai pasukan Mercedes.
![F1: Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner bebas daripada dakwaan F1: Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner bebas daripada dakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708315043_TBChristianHorner.jpg)
F1: Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner bebas daripada dakwaan
Christian Horner akan meneruskan tanggungjawab sebagai ketua pasukan F1 Red Bull selepas dibebaskan daripada dakwaan salah laku.