BEIJING: Pemandu Red Bull, Max Verstappen memintas kedua-dua jentera Ferrari dan menangkis asakan pada lewat saingan daripada Charles Leclerc untuk muncul juara Grand Prix F1 Miami, kemenangan ketiganya pada musim ini pada Ahad, lapor Xinhua.
Bermula dari petak ketiga pada perlumbaan F1 yang julung kali dianjurkan di Miami, Verstappen berjaya memintas Carlos Sainz pada permulaan saingan sebelum mengasak dan memintas Leclerc pada pusingan kesembilan.
"Grand Prix ini menakjubkan. Amat mencabar fizikal tetapi kita berjaya mengekalkan rentak yang menarik sehingga akhir perlumbaan. Saya amat gembira untuk muncul juara di Miami dan ia Ahad yang menakjubkan buat kami," kata Verstappen yang turut merakam catatan masa terpantas sepusingan.
Leclerc sekadar berpuas hati di tempat kedua manakala seorang lagi pemandu Ferrari, Carlos Sainz dari Sepanyol, ketiga. Rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez berhempas pulas untuk memintas Sainz pada pusingan ke-52 , tetapi gagal mempertahankan posisi podium akibat masalah brek.
Pemandu Mercedes, George Russell menamatkan sangan di tempat kelima selepas berjaya memanfaatkan peluang memintas beberapa pelumba lain sewaktu Safety Car dibawa keluar, manakala rakan sepasukannya, Lewis Hamilton keenam.
Selepas aksi di Miami, Leclerc kekal mendahului senarai kejuaraan dengan 104 mata dengan Vestappen berjaya merapatkan jurang dengan kini mengumpul 85 mata diikuti Perez 66 mata.
Senarai Pengeluar pula menyaksikan Ferrari kekal di tangga teratas dengan mengumpul 157 mata, dengan Red Bull ketinggalan enam mata manakala Mercedes jauh ketinggalan di tempat ketiga dengan 95 mata.
Aksi keenam F1 musim 2022 Grand Prix Sepanyol akan berlangsung di Litar de Catalunya pada 22 Mei depan.
--BERNAMA
TAG: F1, Max Verstappen, Charles Leclerc, Red Bull, Ferrari, Miami, Grand Prix
Bernama
Mon May 09 2022

Bermula dari petak ketiga pada perlumbaan F1 yang julung kali dianjurkan di Miami, Verstappen berjaya memintas Carlos Sainz pada permulaan saingan sebelum mengasak dan memintas Leclerc pada pusingan kesembilan. - Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Verstappen juara GP Qatar, penalti Norris tangguh kejuaraan McLaren
Pemandu Red Bull Max Verstappen bangkit daripada penalti grid untuk muncul juara GP F1 Qatar.

F1: Lando Norris ancam kedudukan Verstappen selepas ungguli GP Singapura
Lando Norris sekali lagi mencipta sensasi untuk mengancam kedudukan pendahulu F1 ketika ini, Max Verstappen, di kejuaraan Grand Prix Singapura.

F1: Max Verstappen muncul juara GP China
Pelumba Red Bull, Max Verstappen, terus mempamerkan aksi cemerlang apabila muncul juara GP China dalam saingan Formula Satu di Shanghai.

F1: Lewis Hamilton akan 'berseronok' dari petak ke-18 di GP China
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton berkata dia berhasrat untuk "berseronok" dalam Grand Prix F1 China Ahad selepas berada di petak ke-18.

Verstappen ganti Hamilton musim depan?
Toto Wolff mendedahkan buat pertama kali bahawa dia berbesar hati untuk menerima kehadiran Max Verstappen menyertai pasukan Mercedes.

Verstappen unggul tawan GP F1 Las Vegas
Max Verstappen merangkul kemenangan ke-18 musim ini ketika dia dikenakan penalti lima saat untuk mengungguli Grand Prix (GP) Las Vegas.

F1: Alonso puji Verstappen sebagai pemandu terbaik selepas Schumacher
Verstappen hanya perlu mengumpul tiga mata dalam perlumbaan pecut Sabtu ini di Qatar bagi melengkapkan hatrik gelaran dunia.

F1: Verstappen sambar petak pertama GP Jepun
Max Verstappen pamer pemanduan bertenaga untuk menyambar petak pertama untuk perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Jepun.

F1: Max Verstappen terus bergelut di GP Singapura, mulakan saingan di tempat ke-11
Max Verstappen akan memulakan perlumbaan Grand Prix Singapura malam ini dari tempat ke-11.

F1: Rekod cemerlang Verstappen kini dalam bahaya
Di Itali dua minggu lalu, Verstappen menjadi pemandu pertama dalam sejarah 73 tahun sukan itu memenangi 10 perlumbaan berturut-turut.