SELEPAS kekalahan pada acara UFC Fort Lauderdale Ahad lepas, petarung Brazil Ronaldo 'Jacare' Souza dilihat begitu sedih dan murung.
Semasa sidang media pasca pertarungannya, Souza berkata, "Saya sedih. Saya melalui kem latihan yang sangat bagus untuk pertarungan ini.
"Saya tidak berasa penat. Tetapi saya tidak mampu pamer aksi cemerlang di Octagon. Ini sangat tidak baik."
Namun hari ni, Souza tampil dengan mesej yang lebih positif. Dia membuat kenyataan terbaru melalui akaun Instagramnya.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan mereka. Lawan saya mempunyai strategi yang bagus dan menang. Sebaik selepas pertarungan, saya sangat sedih dan kecewa.
"Tetapi sekarang Tuhan telah menenangkan hati saya dan walaupun saya tidak menang, saya tidak berasa sedih lagi. Saya berterima kasih pada Tuhan untuk perasaan ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mempercayai usaha saya dan menyokong saya!
"Saya akan mengambil sedikit masa untuk berehat bersama keluarga saya dan saya akan kembali tidak lama lagi!"
Dengan kekalahan kepada Jack Hermansson, rekod keseluruhan Souza adalah 26-7.
Kedudukan Souza dalam ranking Middleweight UFC juga telah jatuh ke tangga keenam.
Hilmi Ismail
Wed May 01 2019
SOUZA: Saya akan mengambil sedikit masa untuk berehat bersama keluarga saya dan saya akan kembali tidak lama lagi. - Foto Instagram/ronaldojacare
Dewan Rakyat: Tuduh RSN Rayer 'anti-Islam', MP Pendang digantung tiga hari
Tindakan tersebut menyebabkan Ahli Parlimen daripada blok pembangkang itu digantung selama tiga hari daripada menghadiri sesi Dewan Rakyat.
Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake' - Fahmi
Masyarakat diminta berwaspada dengan taktik penipuan menggunakan penyebaran video dan imej palsu atau 'deepfake' yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
AWANI Ringkas: Pembangkang pakai reben putih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna teknologi AI perkukuh kawalan sempadan negara
Cadangan itu adalah langkah strategik KDN bagi meningkatkan kawalan sempadan di Malaysia menggunakan teknologi terkini, selari dengan perkembangan semasa dunia.
MAHA 2024: Bot berhias warnai majlis ramah mesra menteri bersama warga Sandakan
Sebanyak 22 buah bot melibatkan kira-kira 40 orang nelayan terlibat menjayakan perarakan berkenaan.
Penembak Donald Trump sering dibuli - Rakan sekolah
Thomas Crooks, lelaki yang dinamakan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sebagai penembak dalam cubaan bunuh Donald Trump sering "dibuli setiap hari" di sekolah.
Perkara itu disahkan rakan sekelas sekolah menengahnya, Jason Kohler yang turut memberitahu media pada Ahad bahawa Thomas suka bersendirian dan dipulaukan.
Perkara itu disahkan rakan sekelas sekolah menengahnya, Jason Kohler yang turut memberitahu media pada Ahad bahawa Thomas suka bersendirian dan dipulaukan.
Dua syarikat teknologi ini guna elektrik lebih banyak berbanding 100 negara
Google dan Microsoft menggunakan lebih banyak tenaga berbanding lebih 100 negara, termasuklah Iceland, Jordan dan Ghana.
Polis cari lelaki sengaja rosakkan kereta orang
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang Jumaat itu, pemilik kereta yang juga seorang wanita bernasib baik kerana kelakuan aneh lelaki terbabit dirakam kamera papan pemuka sebelum ia ditularkan menerusi media sosial.
Perarakan bot berhias pengisian hargai jasa nelayan
Perarakan bot berhias itu salah satu pengisian program MAHA 2024 bagi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu beramah mesra dengan nelayan seterusnya menghargai jasa mereka.
Harga makanan di kantin sekolah dipantau PPD
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, tindakan tersebut bagi memastikan harga yang ditawarkan adalah bersesuian dan tidak membebankan murid-murid.
UFC: Ronaldo Souza kembali dengan mesej lebih positif
Selepas kekalahan pada acara UFC Fort Lauderdale Ahad lepas, petarung Brazil Ronaldo 'Jacare' Souza dilihat begitu sedih dan murung.