AKSI kejohanan seni bela diri campuran (MMA) UFC 236 di Atlanta, Georgia pada Ahad menyaksikan dua jaguh dikurniakan gelaran Juara Interim UFC (UFC Interim Champion).
Dalam pertarungan 'co-main event', petarung New Zealand, Israel Adesanya berjaya menewaskan Kelvin Gastelum dari Australia menerusi keputusan sebulat suara (unanimous decision).
Kedua-dua petinju dilihat memberikan persembahan terbaik mereka pada perlawanan tersebut.
Pada pusingan kelima, kedudukan mata mereka terikat 38-38, namun Adesanya bangkit melepaskan tumbukan padu ke arah Gastelum -- merebahkan lawannya ke kanvas Octagon.
Serangan demi serangan dilancarkan oleh petarung berusia 29 tahun itu hinggalah ke saat akhir pertarungan.
Ketiga-tiga juri kemudiannya memberikan mata 48-46, yang jelas memihak kepada Adesanya, sekali gus mengisytiharkannya sebagai pemenang dan juara baharu UFC Interim Middleweight.
Dengan kemenangan itu, Adesanya akan bertemu dengan jaguh Australia, Robert Whittaker bagi menentukan juara sebenar bagi divisyen middleweight.
Ia turut melebarkan lagi rekod kemenangan Adesanya kepada 17-0.
Sementara itu, bagi acara utama (main event) pula, petarung 'favourite' Max Holloway tumpas kepada petarung Amerika Syarikat, Dustin Poirier.
Juara featherweight UFC dari Hawaii itu naik ke divisyen lightweight bagi merebut gelaran Juara Interim UFC Lightweight.
Bagaimanapun, cubaannya gagal apabila dia menerima tentangan hebat dari Poirier sejak awal pusingan pertama dan kedua lagi.
Serangan daripada Poirer pada awal pertarungan ternyata memberi kesan kepada persembahan Holloway.
Sungguh pun dapat melakukan serangan balas dan bertahan hingga ke pusingan kelima, namun markah yang diberikan juri memihak kepada Poirier dengan keputusan sebulat suara, 49-46.
Dengan keputusan ini, Poirer, 30 tahun, akan bertemu dengan juara lightweight UFC sebenar iaitu Khabib Nurmagomedov, yang dijangka berlangsung pada September nanti.
Pertarungan antara Holloway dan Poirier ini merupakan pertarungan 'rematch', di mana kali pertama mereka bertemu adalah pada tujuh tahun dahulu yang menyaksikan Poirier menang menerusi kuncian 'armbar' pada pusingan pertama.
Haider Yutim
Sun Apr 14 2019

Adesanya (kiri) dan Poirier (kanan) masing-masing dikurniakan gelaran juara interim UFC middleweight dan lightweight. - Foto AP
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Islam kukuh reputasi, belasah Poirier di UFC 302
Islam Makhachev mengukuhkan reputasinya selaku petarung pound for pound nombor satu di dunia selepas menumpaskan Dustin Poirier di UFC 302.

Islam ada kejutan buat Poirier
UFC 302 yang berlangsung di Newark, New Jersey, pada Ahad turut menyaksikan 'kepulangan' Khabib Nurmagomedov ke Oktagon.

UFC 269: Julianna Pena cipta kejutan, rampas kejuaraan dari Amanda Nunes
Julianna Pena menumpaskan Amanda Nunes itu menerusi kuncian rear naked choke pada minit 3:26 pusingan kedua.

UFC 264: Dianggap antagonis, patah kaki, McGregor bawa pulang ASD5 juta
Kesemua 24 petinju MMA bersaing dalam UFC 264 dan dibayar dengan sejumlah wang yang besar.

UFC 264: Buku lali patah, McGregor sekali lagi tewas di tangan Poirier
Bintang UFC dari Ireland, Conor McGregor sekali lagi tewas di tangan petarung Amerika Syarikat Dustin Poirier dalam aksi UFC 264 sebentar tadi.

UFC 264: Poirier, McGregor kembali bertarung dalam Octagon
Pertarungan trilogi yang dinanti-nantikan akan berlangsung di T-Mobile Arena 10 Julai ini.

UFC: Lawan Diaz, kemudian Poirier, lupakan 'rematch' dengan Khabib - nasihat Duffy kepada McGregor
McGregor menerima gesaan apabila bekas lawannya mencabar McGregor untuk menentang Nate Diaz sebagai berkata ia pertarungan wajib menang.

Acara UFC 257 'Poirier vs McGregor' raih 1.6 juta pembelian 'pay-per-view'
'The Notorious' Conor McGregor sekali lagi membuktikan beliau masih mampu membawa keuntungan besar buat UFC.

UFC 257: Apa selepas ini buat Poirier dan McGregor?
Selaras dengan status sebagai organisasi terbesar dunia yang mempromosikan sukan seni bela diri campuran (MMA), UFC memulakan tahun 2021 dengan begitu baik.

UFC 257: Dustin Poirier 'musnahkan' McGregor di pusingan kedua
UFC 257: Poirier McGregor 2