REAL Madrid akan menentang juara bertahan Chelsea dalam suku akhir Liga Juara-Juara, manakala Manchester City menentang Atletico Madrid.

Pertembungan antara pemenang 13 kali, Real dan juara dua kali, Chelsea bakal menjadi aksi ulangan separuh akhir musim lalu, di mana kelab England itu menang 3-1 secara agregat dan menyaksikan pengendali Los Blancos, Carlo Ancelotti, bertemu semula bekas pasukannya.

Bintang Real, Eden Hazard dan Thibaut Courtois mungkin bertemu bekas kelab mereka itu, ketika The Blues berdepan krisis selepas pemilik kelab, Roman Abramovich, berdepan penggantungan oleh kerajaan UK.


Pemenang perlawanan yang menonjol itu akan mara ke separuh akhir menentang City atau Atletico, yang bakal membuat perhitungan dalam suku akhir.

Atletico mengatasi Manchester United di pusingan 16 dan kembali ke England dalam memburu kemenangan untuk ke separuh akhir.

Villarreal, yang mengejutkan Juventus, berdepan Bayern Munich, yang mudah merakamkan kemenangan agregat 8-2 ke atas Salzburg.

Benfica bakal berdepan Liverpool. The Reds merupakan juara enam kali namun tewas kepada gergasi Portugal itu pada pusingan 16 pada edisi 2005-06, kali terakhir mereka bertemu di pentas UCL.