Tunku Ismail, yang mesra disapa TMJ, melepaskan jawatannya sebagai teraju PBNJ, Ahad lalu.
Petikan ucapan TMJ (kredit Facebook Johor Southern Tigers)
Dalam ucapannya, baginda bertitah walaupun tidak lagi memegang tampuk tertinggi dalam badan bola sepak Johor, baginda tetap akan sentiasa menyokong pembangunan bola sepak negeri tersebut.Baginda meluahkan rasa yakin bola sepak di negeri itu akan terus maju dan percaya sokongan kuat daripada penyokong akan terus menjadi nadi pasukan berkenaan.
Di laman sosial, netizen meluahkan rasa sebak dan sayu dengan ucapan TMJ itu.
Sebahagian reaksi netizen di Facebook.
Bagi kebanyakan peminat bola sepak, mereka menyifatkan TMJ sebagai watak penting dalam bola sepak bukan sahaja di PBNJ, malah dalam pembangunan bola sepak secara keseluruhannya.
Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, TMJ dilihat antara tokoh yang begitu giat dalam melaksanakan pembaharuan dan pembangunan bola sepak. Malah baginda disifatkan ramai sebagai 'suara' yang mewakili peminat bola sepak di negara ini.