KETUA jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail, percaya semangat melawan yang tinggi mampu menjadi senjata utama The Reds Warriors (TRW) untuk keluar daripada badi kekalahan tiga perlawanan berturut-turut apabila menentang Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam ini.
“Saya mahu pemain kami mengubah sikap dan pamerkan semangat juang yang tinggi semasa bertemu Perak malam ini. Tanamkan sepenuh keyakinan bahawa TRW mampu memberikan aksi terbaik dan jangan cepat mengalah biarpun sedang ketinggalan.
“Satu perlawanan yang menarik dan sukar sebenarnya menentang Perak di gelanggang mereka. Namun, kami akan cuba menyerap segala tekanan untuk mencuri mata di Ipoh,” katanya.
Zahasmi juga menjelaskan tidak banyak rombakan yang bakal dilakukan kerana kesuntukan masa dan berharap tonggak senior sentiasa memberi aksi lebih baik dan membimbing pemain muda.
“Kami (TRW) akan menggunakan pemain yang ada untuk menghadapi Perak malam ini. Pemain senior akan dikekalkan bagi memberi keseimbangan dalam pasukan. Harap mereka dapat bimbing pemain muda dan jangan melakukan kesilapan mudah,” katanya.
Ditanya mengenai peluang penyerang import, Alessandro Celin, untuk diturunkan malam ini, Zahasmi menjelaskan pemain itu masih belum pulih sepenuhnya dan terlepas peluang untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama.
“Selain Celin, Norfarhan (Muhammad) dan Daudsu (Jamaluddin) bakal tersisih malam ini akibat kecederaan.
“Namun, kami harap penyerang utama, Muhammad Ghaddar, dapat beraksi untuk menambah sengat di barisan serangan,” katanya.
Zahasmi turut menuntut pertahanan import dari Gambia, Mamadou Danso, supaya membuktikan kehebatan sebenar untuk mengawal barisan pertahanan daripada mudah dibolosi penyerang lawan.
“Dia sepatutnya memainkan peranan lebih efektif di benteng pertahanan. Terus fokus di atas padang dan jangan lakukan kesilapan sebagaimana tiga perlawanan terdahulu,” katanya.
Kelantan turun dengan misi untuk sekurang-kurangnya memungut satu mata dari Ipoh dan menghapuskan igauan ngeri tewas tiga perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Super.
Astro Arena
Wed Mar 01 2017
ZAHASMI: Satu perlawanan yang menarik dan sukar sebenarnya menentang Perak di gelanggang mereka.
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
AWANI Ringkas: Kerja empat hari seminggu, tanpa potong gaji
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Polis rampas dadah RM2.3 juta, tahan dua wanita warga Indonesia, tiga lelaki tempatan
Polis menahan tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia selepas menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.3 juta dalam serbuan Jumaat lepas.
Yusri Che Lah mahu pemain kekal beri tumpuan
Yusri tidak mahu pemainnya hilang tumpuan pada baki perlawanan selepas ini untuk memperoleh mata bagi menyelamatkan pasukan.