KUALA LUMPUR: Peminat sukan tanah air pastinya ternanti-nanti sentuhan magis pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, bermula esok selepas menampilkan prestasi cemerlang pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham, baru-baru ini.
Walaupun berjaya meraih perak acara perseorangan lelaki selain membantu skuad negara merangkul emas acara berpasukan campuran di Birmingham, bekas pemain kebangsaan, Roslin Hashim masih ragu-ragu terhadap keupayaan Tze Yong pada kejohanan berprestij di Tokyo Metropolitan Gymnasium itu.
Roslin menjangkakan Tze Yong bakal menempuh laluan berliku kerana pemain nombor 42 dunia itu masih baru dalam pertandingan elit selain layak pada saat akhir susulan penarikan diri pemain dari negara lain.
"Saya tak berani nak letak sasaran kepada Tze Yong di World Championships, beliau masih baru dan kita juga tidak boleh letakkan harapan tinggi daripadanya.
"Tak dinafikan beliau main bagus termasuk lakukan upset ke atas dua pemain ternama dunia di Birmingham baru-baru ini namun saya harap Tze Yong yang akan turun sebagai 'underdog' lebih relaks jika mahu pergi lebih jauh di Jepun," katanya kepada Bernama.
SUKAN-BADMINTON (TZE YONG) 2 KUALA LUMPUR
Tze Yong mengejutkan juara dunia Loh Kean Yew dari Singapura, 15-21, 21-14, 21-11, di suku akhir dan perseorangan ke-13 dunia Srikanth Kidambi dari India, 13-21, 21-19, 21-10, dalam separuh akhir pada temasya empat tahun sekali itu.
Pemain dari Johor itu juga wajar diberi pujian susulan semangat juang tinggi dipamerkan pada aksi final meskipun tewas 21-19, 9-21, 16-21 kepada pemain utama India Lakshya Sen.
Tze Yong akan membuka tirai kempen Kejohanan Badminton Dunia bertemu juara Masters Malaysia dari Indonesia, Chico Aura Dwi Widoyo di pusingan pertama.
Sementara itu, Roslin berkata tidak mustahil pemain 'veteran', Liew Daren mampu melakar kejutan menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen pada pusingan pembukaan nanti.
Katanya peluang tetap ada bagi Daren kerana berdasarkan rekod terdahulu terdapat beberapa jaguh dunia lain tumbang pada pusingan pertama kerana ada dalam kalangan mereka masih tercari-cari rentak untuk menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan.
SUKAN-BADMINTON (TZE YONG) 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Peminat badminton pastinya tidak dapat melupakan kekalahan mengejut legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang tersingkir pada pusingan pertama pada edisi 2017 di Glasgow kepada Brice Leverdez dari Perancis 19-21, 24-22, 17-21.
Bukan itu sahaja, beberapa pemain ternama lain turut menjadi 'korban' pusingan pertama antaranya Chen Long yang tumpas kepada Kevin Cordon dari Guatemala 19-21, 21-17, 25-27 pada edisi 2011 di London.
Sementara pemain nombor dua dunia, Kento Momota dari Jepun, tumpas kepada pemain Hong Kong Wei Nan 12-18, 18-21, 12-21 pada edisi 2014 di Copenhagen.
Seorang lagi wakil negara, Lee Zii Jia dijadual membuka kempen di Jepun dengan menentang Leverdez.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022

Roslin menjangkakan Tze Yong bakal menempuh laluan berliku kerana pemain nombor 42 dunia itu masih baru dalam pertandingan elit. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Tze Yong perlu lebih relaks jika mahu buat kejutan di Tokyo
Roslin menjangkakan Tze Yong bakal menempuh laluan berliku kerana pemain nombor 42 dunia itu masih baru dalam pertandingan elit.