Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar berkata beliau akan mempertahankan jawatannya pada perhimpunan agung badan itu dijadualkan pada September di Auckland, New Zealand.
Setelah memenangi jawatan itu tanpa bertanding pada 2011, menggantikan Michael Fennell dari Jamaica, beliau berkemungkinan akan menghadapi cabaran bagi mempertahan jawatan itu, termasuk daripada setiausaha kehormat sekarang Louise Martin dari Scotland yang telah mengisytiharkan dirinya untuk bertanding.
Tunku Imran berkata masih banyak kerja yang hendak diselesaikan dalam organisasi itu, namun sedia menyambut baik sebarang cabaran.
"Kami telah melaksanakan banyak pembaharuan dalam CGF dengan pelan strategik baru.
"Setelah memulakan proses dan menyelesaikan fasa pertama mendapatkan kelulusan segalanya, dan bergerak, saya kini ingin melihat proses pelaksanaan dijalankan," katanya kepada pemberita pada satu acara di sini pada semalam.
Tunku Imran, yang menjadi presiden Majlis Olimpik Malaysia sejak 1998 dan anggota Jawatankuasa Majlis Olimpik Antarabangsa sejak 2006, pernah memegang jawatan naib-presiden CGF selama lapan tahun sebelum menyandang presiden.
Martin, naib-pengerusi jawatankuasa pengelola bagi Sukan Komanwel Glasgow 2014, ada menyatakan hasratnya beberapa tahun lepas untuk bertanding jawatan presiden CGF.
Beliau menjelaskan, langkahnya untuk merebut jawatan utama itu adalah atas sebab-sebab peribadi dan bukan untuk mengetepikan Tunku Imran.
Dengan keanggotaan 71 negara, CGF bertanggungjawab menentukan hala tuju dan kawal selia Sukan Komanwel yang berlangsung empat tahun sekali itu.
Bernama
Thu Mar 12 2015
Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar (gambar) akan mempertahankan jawatannya sebagai presiden CGF pada perhimpunan agung badan itu dijadualkan pada September di Auckland, New Zealand. -Gambar fail
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Tunku Imran akan pertahan jawatan Presiden CGF
Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar berkata beliau akan mempertahankan jawatannya pada perhimpunan agung badan itu.