Akademi Terengganu Pro Asia Cycling Team, TSG bakal mewujudkan akademinya sendiri tidak lama lagi.
Inisiatif yang dilaksanakan itu bagi melahirkan lebih ramai pelumba berkualiti dan profesional.
Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat berkata ia sekaligus memberi pendedahan awal kepada bakat muda untuk diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa.
"Di Terengganu ramai pelumba-peluma basikal, tetapi sekarang ini mereka tidak diketengahkan malah, tidak ada peluang untuk diketengahkan. Oleh itu kita perlu mewujudkan pasukan pelapis untuk memberi peluang dan pengalaman kepada mereka untuk menyertai acara-acara terutamanya di luar negara", ujar Datuk Rozi.
Jelasnya lagi bagi fasa pertama seramai 30 pelumba dari usia tujuh tahun disasarkan bakal mendapat pendedahan di akademi itu yang berpusat di Kuala Terengganu.
TSG akan mengendalikan akademi tersebut sepenuhnya termasuk modul pelaksanaannya.
Katanya bakat muda itu terus dapat menyambung kesinambungan pelumba berbakat seperti Anuar Manan, Mohd Zamri Salleh dan Mohd Harrif Salleh.
Sharom Abu Bakar
Wed Mar 14 2018
Akademi TSG bakal melahirkan pelumba-pelumba basikal bertaraf profesional. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Liverpool beli semula pangkalan latihan di Melwood
Liverpool membeli semula bekas pangkalan latihan di Melwood untuk digunakan oleh pasukan wanita.
Kerajaan sasar lahir 100,000 pekerja mahir menerusi akademi
Perkara itu diputuskan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) setelah berbincang dengan pemain industri.
Naik taraf jadi akademi, SMK Za'ba sasar lahir atlet bertaraf dunia
Cadangan mewujudkan akademi tersebut di sekolah itu dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), masih di peringkat awal.
TSG bakal miliki akademi pelumba basikal sendiri
Akademi Terengganu Pro Asia Cycling Team, TSG bakal mewujudkan akademinya sendiri tidak lama lagi.
Amber Chia mahu perluas akademi fesyen
Optimis dengan kemajuan industri fesyen Amber Chia berazam untuk meluaskan akademi fesyennya.