Pasukan berbasikal profesional negara, Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) dijangka membuat rombakan dari segi pelumba import sebagai persediaan mengharungi Jelajah Asia musim 2017.
Ketua pegawai operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata barisan pelumba tempatan TSG yang terdiri daripada anak jati Terengganu berkemungkinan besar akan terus kekal berdasarkan persembahan cemerlang yang dipamerkan dalam beberapa kejohanan pada tahun ini.
"Kita mungkin akan buat sedikit perubahan dari segi pelumba import namun masih memilih negara yang sama iaitu Indonesia, Singapura, Mongolia dan juga Great Britain untuk memperkuatkan pasukan TSG.
"Senarai pelumba musim 2017 belum boleh diumumkan kerana kita masih dalam proses pendaftaran dengan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan senarai akhir hanya akan diumumkan pada hujung tahun ini," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Untuk rekod, TSG diperkuatkan dengan empat pelumba import pada musim ini iaitu Batmunkh Maral-erdene dari Mongolia, Goh Choon Huat (Singapura), Dadi Suryadi (Indonesia) dan Daniel Whitehouse (Great Britain).
Pada masa sama, Nasiruddin memaklumkan beberapa pelumba cemerlang yang beraksi pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak, Julai lepas turut diserapkan selaku pelumba pelapis TSG bagi memastikan pasukan berkenaan mempunyai pelapis yang berkaliber.
Beliau berharap TSG menerima lebih banyak jemputan untuk sertai kejohanan berbasikal tempatan dan antarabangsa pada tahun depan bagi mengekalkan ranking mereka iaitu kedudukan ketujuh daripada 94 pasukan yang bertanding di Jelajah Asia.
Ditanya mengenai persediaan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Nasiruddin berkata pihaknya masih menunggu kata putus hasil mesyuarat kerja di antara pasukan TSG, Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan juga Majlis Sukan Negara.
"Kita akan patuhi apa sahaja keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat berkenaan dan beri komitmen sepenuhnya bagi membantu skuad berbasikal negara menghadapi Sukan SEA 2017," tegasnya.
PKBM sebelum ini menyenaraikan tujuh pelumba TSG bersama dua pelumba lain Mohamad Farid Razali dari Kelantan dan pelumba Selangor, Muhammad Aele Shafri Rusli bagi menjalani latihan fasa kedua Program Kita Juara untuk skuad lebuh raya negara sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA 2017.
Tujuh pelumba TSG tersebut ialah pasangan adik beradik Mohd Harrif dan Mohd Zamri Saleh, Adiq Husainie Othman, Mohd Shahrul Mat Amin, Nur Amirul Fakhruddin Mohd Saiful Anuar Aziz dan Anuar Manan. -- Bernama
Bernama
Sun Nov 06 2016
![TSG bakal buat rombakan pelumba import hadapi musim 2017 TSG bakal buat rombakan pelumba import hadapi musim 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81461667899_TerengganuCycling.jpg)
Barisan pelumba tempatan TSG yang terdiri daripada anak jati Terengganu berkemungkinan besar akan terus kekal. - fotoBERNAMA/Fail
![Pertabalan Agong: Sultan Brunei berkenan berangkat, serlah hubungan akrab dengan Malaysia Pertabalan Agong: Sultan Brunei berkenan berangkat, serlah hubungan akrab dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720413843_AgongSultanBrunei.jpg)
Pertabalan Agong: Sultan Brunei berkenan berangkat, serlah hubungan akrab dengan Malaysia
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mempersembahkan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah warkah persilaan sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda.
AWANI Ringkas: Suhu global melebihi 1.5 darjah selsius daripada had ditetapkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Penyewa ‘tinggal’ bom mortar dalam rumah Penyewa ‘tinggal’ bom mortar dalam rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720413038_bommortar.jpg)
Penyewa ‘tinggal’ bom mortar dalam rumah
Objek itu dipercayai ditinggalkan oleh bekas penyewa yang telah berpindah keluar pada Januari lalu.
Hamilton juara Grand Prix Britain, kemenangan pertama sejak 2021
Lewis Hamilton mengalahkan Max Verstappen dan Lando Norris untuk menjuarai Grand Prix Britain, kemenangan pertamanya sejak 2021 dan ke-104 sepanjang kariernya.
Tindakan Panama pasang kawat berduri di sempadan dikritik
Tindakan kerajaan Panama memasang pagar kawat berduri bagi menyekat aliran pendatang melalui hutan Darien yang menghubungkan Amerika Tengah ke Colombia, mencetuskan tentangan daripada penduduk tempatan dan negara jiran.
Menurut Perkhidmatan Sempadan Negara Panama minggu ini, lintasan sempadan tanpa kebenaran di hutan telah menjadi laluan utama bagi kebanyakan pendatang yang menuju ke Amerika Syarikat.
Menurut Perkhidmatan Sempadan Negara Panama minggu ini, lintasan sempadan tanpa kebenaran di hutan telah menjadi laluan utama bagi kebanyakan pendatang yang menuju ke Amerika Syarikat.
Sebuah lapangan terbang di California terbakar
Sejumlah anggota bomba menggunakan helikopter dan kapal terbang pada Sabtu untuk mengawal kebakaran berhampiran lapangan terbang di timur Sacramento, California.
Rakaman dari dalam Lapangan Terbang Placerville di El Dorado County menunjukkan kawasan sekitar diselubungi asap dan api yang disebut sebagai Pay Fire.
Rakaman dari dalam Lapangan Terbang Placerville di El Dorado County menunjukkan kawasan sekitar diselubungi asap dan api yang disebut sebagai Pay Fire.
2024 mungkin jadi tahun paling panas di dunia - Kajian
2024 berkemungkinan menjadi tahun paling panas di dunia.
Berdasarkan rekod di kebanyakan negara setakat Jun tahun ini, perkhidmatan pemantauan iklim EU pada Isnin berkata, suhu global kini telah melebihi 1.5°C atau 2.7 Fahrenheit yang merupakan had ditetapkan dalam Perjanjian Paris susulan peningkatan suhu luar biasa.
Berdasarkan rekod di kebanyakan negara setakat Jun tahun ini, perkhidmatan pemantauan iklim EU pada Isnin berkata, suhu global kini telah melebihi 1.5°C atau 2.7 Fahrenheit yang merupakan had ditetapkan dalam Perjanjian Paris susulan peningkatan suhu luar biasa.
![EURO 2024: Polis Jerman lega Turkiye tersingkir EURO 2024: Polis Jerman lega Turkiye tersingkir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720412611_PolisJerman.jpg)
EURO 2024: Polis Jerman lega Turkiye tersingkir
Polis di Jerman menarik nafas lega selepas Belanda bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Turkiye pada EURO 2024.
Pemimpin sayap kiri gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Presiden Perancis Emmanuel Macron mesti mengaku kalah dalam pilihan raya parlimen Perancis, di mana pakatan sayap kiri 'New Popular Front' (NFP) memenangi kerusi terbanyak walaupun tidak mencapai jumlah majoriti mutlak.
Seoul kesal kenyataan kakak Kim Jong Un
Kementerian penyatuan Korea Selatan yang mengendalikan hal ehwal antara Korea pada Isnin kesal selepas Kim Yo Jong, kakak kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, menuduh Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menimbulkan ketegangan di semenanjung Korea.
Menurut laporan media kerajaan, Kim mengecam Yoon kerana menimbulkan ketegangan di semenanjung Korea untuk mengalihkan perhatian daripada masalah di negara sendiri.
Menurut laporan media kerajaan, Kim mengecam Yoon kerana menimbulkan ketegangan di semenanjung Korea untuk mengalihkan perhatian daripada masalah di negara sendiri.
![TSG bakal buat rombakan pelumba import hadapi musim 2017 TSG bakal buat rombakan pelumba import hadapi musim 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81461667899_TerengganuCycling.jpg)
TSG bakal buat rombakan pelumba import hadapi musim 2017
Barisan pelumba tempatan TSG yang terdiri daripada anak jati Terengganu berkemungkinan besar akan terus kekal.