TOTTENHAM 4 OLYMPIACOS 2
Harry Kane dan Dele Alli memberi kenyataan pedas terhadap aksi babak pertama Tottenham dalam Liga Juara-Juara (UCL) apabila bangkit mencipta kemenangan 4-2 ke atas Olympiacos, awal pagi tadi, dan yakin mereka dapat mengelak daripada beraksi dengan lebih buruk lagi sebelum rehat.
Permulaan buruk menyebabkan Spurs ketinggalan 0-2 selepas 19 minit permainan yang menyaksikan Youssef El-Arabi dan Ruben Semedo meledak gol untuk sentuhan pertama Jose Mourinho di laman sendiri yang hampir menuju detik yang menyedihkan.
Namun, Alli merapatkan jurang menerusi jaringan lewat dalam separuh masa pertama sebelum Kane kembali mengimbangi kedudukan sejurus permainan bersambung -- mengatasi rekod Alessandro Del Piero apabila merakamkan 20 gol UCL selepas 24 perlawanan -- kemudian Serge Aurier memberikan tuan rumah kelebihan gol.
Kemasukan Christian Eriksen pada minit ke-29 bagi menggantikan Eric Dier seolah-olah menjadi titik kebangkitan skuad bimbingan Mourinho itu sambil Alli akur bahawa dia yang sepatutnya digantikan dengan lebih awal.
"Saya berasakan kami akan mengalami kekalahan lalu pengurus membuat keputusan untuk mengetengahkan lebih ramai pemain tengah yang bercirikan serangan dan secara jujurnya, mana-mana antara kami memang dikeluarkan dalam tempoh 20 minit pertama permainan, khususnya saya sendiri," katanya kepada BT Sport.
"Saya fikir saya beraksi dengan amat buruk dalam tempoh 20 minit pertama perlawanan, tetapi ia adalah satu permainan sepasukan dan dengan bersungguh-sungguh, situasi pun berubah.
"Kami tidak bermula dengan cukup baik. Ketika rehat, kami berikrar untuk tidak mempamerkan aksi lebih buruk lagi, jelas ia merupakan langkah yang baik untuk memasuki babak kedua kerana menyedari kami hanya perlu bermain dengan lebih baik. "
Ketua pasukan, Kane, menambah: "Kami perlu tenang, kami hanya perlu menyumbat gol dan mendapatkan rentak, tetapi kami perlu lebih tenang ketika menguasai bola, tidak perlu tergesa-gesa. Masih ada baki 45 permainan jadi kami tidak memerlukan gol dengan segera.
"Kami sedar keadaan tidak akan bertambah teruk sebagaimana dalam babak pertama, jadi kami turun dengan sedikit kebebasan dan itulah yang kami lakukan."
Kejayaan buat Spurs itu mengesahkan tempat mereka di peringkat kalah mati, namun kedudukan teratas berada di luar jangkauan mereka apabila Bayern Munich -- pasukan terakhir yang bakal dihadapi dalam perlawanan penutup Kumpulan B -- kini selesa mendahului dengan lima mata.
Astro Arena
Wed Nov 27 2019

Aksi Harry Kane (jersi putih) dan Yassine Meriah (jersi biru) dalam perlawanan Liga Juara-Juara antara Tottenham Hotspur dan Olympiacos di Stadium Tottenham Hotspur, London, 26 Nov, 2019. REUTERS
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Denmark terpaksa lupakan khidmat dua bintang Manchester United
Kecederaan dua tonggak itu menyaksikan kem Erik Ten Hag dipalit kecederaan melibatkan lapan pemain.

EPL: Eriksen kembali perkuat Manchester United lawan Everton
Pemain kebangsaan Denmark itu mengalami kecederaan buku lali ketika perlawanan Piala FA menentang Reading pada 28 Januari lalu.

MU terpaksa lupakan khidmat Eriksen sehingga lewat April
Pemain tengah Manchester United (MU), Christian Eriksen dijangka akan berehat panjang disebabkan kecederaan buku lali, umum Kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Selasa.

Manchester United umum tandatangani Christian Eriksen
Eriksen merupakan pemain ejen bebas selepas kontrak jangka pendeknya tamat di Brentford.

Eriksen impi kembali beraksi di pentas Liga Juara-Juara
Eriksen mengalami serangan jantung ketika bermain untuk Denmark, Jun tahun lalu, ketika Euro 2020 menentang Finland.

Christian Eriksen kembali bermain pada hari jadi ke-30
Brentford menandatangani Eriksen pada Januari lalu dengan satu kesepakatan sehingga penghujung musim ini.

Eriksen kembali ke Inter buat pertama kali sejak alami serangan jantung
Christian Eriksen telah kembali ke tempat latihan Inter untuk pertama kalinya sejak serangan jantungnya dalam saingan Euro 2020.

Euro 2020: Eriksen dibenarkan keluar hospital selepas pembedahan jantung
Christian Eriksen telah selamat menjalani pembedahannya dan dibenarkan untuk keluar daripada Rigshospitalet, kata DBU.

Euro 2020: Eriksen muat naik gambar di media sosial
Doktor pasukan, Morten Boesen, mengesahkan pemain berusia 29 tahun itu mengalami serangan jantung.

Latihan pertolongan cemas dalam talian: Apakah ia berkesan dan dibenarkan?
OSHA US pada tahun 2012 telah menetapkan latihan pertolongan cemas dan CPR yang dijalankan secara online sahaja tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan di dalam standard CFR 29 - OSHA 1910.15