KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd Tan Sri Tony Fernandes bersedia untuk menerajui Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) jika dicalonkan bagi menggantikan Datuk Hamidin Mohd Amin.
Pemilik Queens Park Rangers (QPR) itu berkata sebagai seorang peminat bola sepak, sudah tentu beliau mahu menyumbang kepada pembangunan bola sepak tempatan jika dipilih menyandang jawatan Presiden MFL pada masa hadapan.
"Sudah tentu saya mahukannya, saya sayangkan bola sepak, saya sayangkan Malaysia dan saya harap dapat menyumbang sesuatu," katanya pada sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada Selasa.
Terdahulu, Tony yang juga Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menandatangani Lanjutan Perjanjian dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadikan Stadium Nasional sebagai gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya hingga 31 Dis 2025.
Hamidin yang menang tanpa bertanding sekali gus memopertahankan jawatannya sebagai Presiden FAM pada Sabtu lepas, mahu melepaskan jawatannya sebagai Presiden MFL.
Sementara itu, Hamidin menyerahkan kepada Lembaga Pengarah MFL untuk membuat keputusan berhubung calon penggantinya mengikut peraturan ditetapkan badan pengelola MFL.
"Saya rasa Tony seorang individu yang sayangkan bola sepak, mungkin beliau seorang daripada calon, itu saya tidak pasti. Biarlah mereka (Lembaga Pengarah) bincang, calon bukan datang dari saya," katanya.
Mengenai kriteria calon, Hamidin berkata individu berkenaan mestilah seorang yang memahami bola sepak selain berdaya saing dan mempunyai idea baharu untuk membangunkan sukan nombor satu negara itu ke tahap lebih tinggi.
Dalam perkembangan lain, Hamidin, yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2021, berkata pihaknya belum menetapkan sebarang sasaran untuk skuad bola sepak Bawah-19 yang bakal bersaing di temasya dwitahunan itu hujung tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 16 2021
Pemilik QPR itu berkata sebagai seorang peminat bola sepak, sudah tentu beliau mahu menyumbang kepada pembangunan bola sepak tempatan jika dipilih menyandang jawatan Presiden MFL pada masa hadapan. - Gambar fail/Astro AWANI
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
Tony Fernandes terima Anugerah Penghargaan Pelancongan Sabah
AirAsia berkata pengiktirafan ini menghargai dedikasi Fernandes terhadap sektor pelancongan negeri sejak dua dekad lepas.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
Thailand, AirAsia bincang tambah perjalanan udara
Thailand merancang menambah penerbangan keluar dan masuk yang menghubungkan bandar utama dan bandar lain bagi merangsang ekonomi.
Capital A cadang lupus perniagaan penerbangan kepada AirAsia X
Tony Fernandes berkata langkah strategik itu bertujuan memperkemas operasi kumpulan itu dan memudahkan penilaian berteraskan perniagaan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Tony Fernandes, Abdul Manan
Al-Sultan Abdullah zahirkan ucapan tahniah kepada Tony Fernandes atas kejayaan dinobatkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Asia Pasifik.