Kemuncak Piala Dunia FIFA 2014 yang bakal berlangsung pada awal pagi Isnin ini boleh disaksikan beramai-ramai di Dataran Merdeka.

Acara itu akan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Fiesta Samba Brasil 2014 akan diadakan di Dataran Merdeka bermula jam 7.30 malam sehingga 6 pagi diikuti dengan program sahur.

Perlawanan akhir menyaksikan pasukan Jerman menentang Argentina yang akan disiarkan secara langsung dari Stadium Maracana, Rio de Jeneiro.

Sebuah projektor gergasi akan dipasang di dataran bersejarah itu bagi memudahkan tontonan kepada kaki-kaki bola yang hadir.

Fiesta Samba Brasil 2014 yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama Astro selaku penaja bersama.

Piala Dunia bersama KJ di Dataran Merdeka

Bagi peminat bola yang tidak dapat menyertai Fiesta Samba Brasil 2014 boleh menyaksikan perlawanan ini melalui saluran-saluran terpilih Astro atau saluran digital Astro.

Pelanggan Astro yang mempunyai ‘Football Pass’ akan dapat menonton perlawanan tersebut di Astro saluran 821 dalam definisi standard (SD) dan Astro saluran 841 dalam definisi tinggi (HD).

Bagi pelanggan Astro yang tidak memilik ‘Football Pass’ boleh menyaksikan perlawanan ini menerusi Astro Arena saluran 801 dengan ulasan perlawanan dalam Bahasa Malaysia.

Bagi mereka yang bukan pelanggan Astro juga boleh menonton perlawanan akhir ini secara percuma menerusi platform Astro on the Go di onthego.astro.com.my atau aplikasi Astro on the Go untuk peranti tablet dan telefon pintar dengan sistem operasi iOS dan Android.