KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil pendekatan tunggu dan lihat susulan tindakan pemain Sabah FC, Rizal Ghazali menolak pelawaan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya.
Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, ia berikutan latihan skuad Harimau Malaya tersebut diadakan luar dari tarikh Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA dengan tiada sebarang tindakan boleh diambil terhadap pemain pertahanan itu.
"Kita hanya boleh mengambil tindakan jika beliau tidak menghadiri latihan kebangsaan pada tarikh FIFA tersebut, jadi apa yang boleh dilakukan hanyalah menunggu sampai tarikh tersebut iaitu pada 21 Mac.
"Jika pada tarikh tersebut beliau tidak menghadirkan diri, kita akan bawa perkara ini kepada jawatankuasa tatatertib yang boleh mengambil keputusan dan sebarang tindakan ke atas beliau," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.
Kalendar FIFA bagi bulan ini berlangsung pada 21 hingga 29 Mac ini.
Mohd Saifuddin berkata, pihaknya pada masa sama tidak menerima sebarang surat rasmi menyatakan sebab mengapa Rizal menolak pelawaan untuk turut serta dalam skuad kebangsaan susulan pemakluman dibuat FAM semalam menerusi kenyataan.
"Saya hanya dimaklumkan oleh jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon bahawa pemain itu tidak turut serta hadir," katanya.
Ditanya mengenai bentuk hukuman terhadap pemain yang menolak menyertai skuad kebangsaan, beliau berkata tindakan penggantungan bermain dalam liga domestik selain hukuman denda RM25,000 boleh dikenakan.
Semalam, Pan Gon menerusi kenyataan dikeluarkan FAM memaklumkan pemain pertahanan Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee diumum menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya yang bermula semalam menjelang kunjungan ke Singapura minggu depan bagi menghadapi saingan Siri Tiga-Negara FAS 2022.
Ahmad Khuzaimi dipilih bagi menggantikan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Syahmi Safari yang memohon pengecualian susulan kelahiran bayi kembar tiganya.
Menurut kenyataan itu, Pan Gon memaklumkan perancangan asal adalah bagi menggantikan Syahmi dengan seorang pemain pada posisi sama iaitu bek kanan tetapi pemain Sabah FC Rizal Ghazali menolak pelawaan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022

FAM tidak menerima sebarang surat rasmi menyatakan sebab mengapa Rizal menolak pelawaan. - Foto: Instagram @rizalghazali15
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tolak panggilan Harimau Malaya, Rizal Ghazali dalam 'bahaya'?
FAM tidak menerima sebarang surat rasmi menyatakan sebab mengapa Rizal menolak pelawaan.