Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat pemain yang 'besar kepala' dalam skuad kebangsaan, sehingga menjejaskan prestasi pasukan negara.
Malah, Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata mentaliti pemain terbabit yang merosakkan prestasi dan masa depan skuad Harimau Malaya, turut bersikap sedemikian dalam pasukan dan kelab beraksi di Liga Malaysia (Liga-M).
"Semua pasukan dalam negara ini lalui perkara yang sama, anda mempunyai beberapa pemain senior yang menentukan kelab berkenaan, jadi tidak kira banyak mana bakat muda disenaraikan dalam skuad senior, sama ada kelab atau negara, mereka akan mempengaruhi kelompok ini.
"Itulah tanggungjawab setiap pasukan kelab dan negeri untuk mengenal pasti individu-individu berkenaan dan berusaha memastikan mereka boleh mengawal keadaan tersebut. Kita perlu merombaknya secara menyeluruh.
"Tidak guna kalau kita lantik Carlo Ancelotti pun, kalau ada peraturan latihan dia sendiri, terdapat lapan atau sembilan pemain senior yang mogok, tidak mempunyai mentaliti menang, sampai bila-bila kita tak akan menang. Kita sedang berusaha mengeluarkan liabiliti ini daripada pasukan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco FAM ketiga sesi 2017-2021 di Wisma FAM di Kelana Jaya, pada Sabtu.
Berikutan itu, baginda berkata tugas utama ketua jurulatih baharu Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe ialah mengubah mentaliti pemain yang mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan.
Ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Cheng Hoe, Tunku Ismail berkata jurulatih berkenaan diberikan kebebasan dalam mengendalikan pasukan kebangsaan.
Bekas jurulatih Kedah itu dilantik menggantikan Nelo Vingada pada Khamis lepas, selepas Vingada melepaskan 'kerusi panas' itu setelah mengadakan perbincangan bersama TMJ, dengan alasan mahu bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan beliau mengendalikan pasukan negara.
Sepanjang menjadi pengendali skuad kebangsaan selama enam bulan, jurulatih kelahiran Portugal itu gagal meraih sebarang kemenangan, apabila sekadar mencatat keputusan seri menentang Hong Kong dan enam kekalahan, termasuk dua kali tewas 1-4 kepada Korea Utara.
Selain Vingada, dua pembantunya - Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa, turut melepaskan jawatan masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.
Untuk rekod, Cheng Hoe mempunyai pengalaman luas bersama skuad kebangsaan selain pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Datuk K. Rajagobal semasa menjulang Piala AFF Suzuki 2010.
Sebelum menjadi penolong jurulatih Harimau Malaya, Cheng Hoe yang juga bekas jurulatih pasukan Kedah, berjaya mengembalikan kegemilangan skuad berkenaan dalam kancah Liga-M.
Di bawah kendaliannya sejak 2014, Kedah berjaya memenangi Piala Malaysia pada 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2017
Tunku Ismail berkata berkata mentaliti'besar kepala' pemain terbabit yang merosakkan prestasi dan masa depan skuad Harimau Malaya. - Gambar fail
Bayi perempuan 15 bulan maut tercampak ke dalam tali air
Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan maut selepas tercampak ke dalam tali air dalam kejadian di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah di Bachok, semalam.
Bayi lemas terjatuh dalam tali air
Seorang bayi berusia 1 tahun 3 bulan di temukan lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah, Bachok.
10 Berita Pilihan - (10 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua mayat ditemui terapung di perairan Bohey Dulang
Dua mayat ditemui terapung di Perairan Bohey Dulang, Semporna dipercayai mangsa yang hilang akibat kejadian pelanggaran bot di perairan Pulau Sebangkat pada Isnin lalu.
Ulama Kedah Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia
Ulama Kedah, Abdul Wahab Hassan, 86, atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia di rumahnya di Parit Panjang, kira-kira 3 petang tadi.
SPRM tahan pegawai penguat kuasa disyaki terima rasuah RM120,000
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 4 petang dalam operasi yang dijalankan oleh SPRM di Pekan Keningau.
Serangan ke atas kemudahan PBB, infrastruktur awam mesti dihentikan - Ketua UNRWA
Philippe Lazzarini gesa semua pihak yang terlibat dalam konflik Gaza untuk memastikan keselamatan orang awam dan infrastruktur awam pada setiap masa.
"Gaya Yusuf Dikec" kini jadi trend kemenangan atlet di Sukan Olimpik
"Gaya Yusuf Dikec" kini menjadi trend terbaharu dalam kalangan atlet di Sukan Olimpik Paris 2024.
Ketua Hakim Negara Bangladesh letak jawatan
Ketua Hakim Bangladesh Obaidul Hassan telah menyerahkan peletakan jawatannya kepada Kementerian Undang-Undang berikutan tekanan daripada penunjuk perasaan pelajar.
AWANI Ringkas: Keldai akaun | PRK DUN Nenggiri | Liga Super
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rexy nasihat Hon Jian-Muhammad Haikal usah 'besar kepala'
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky mengingatkan beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri agar tidak 'besar kepala'.
TMJ dedah ada pemain 'besar kepala' dalam skuad Harimau Malaya
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat pemain yang 'besar kepala' dalam skuad kebangsaan, sehingga menjejaskan prestasi pasukan negara.