Perlawanan kontroversi yang diadakan pada 25 Mei 1965 itu mendapat perhatian ramai apabila Muhammad Ali, yang dahulunya dikenali sebagai Cassius Marcellus Clay, menumbangkan Sonny Liston yang juga merupakan bekas juara tinju dunia dengan hanya satu tumbukan yang diberi gelaran “phantom punch”.
Legenda tinju dunia ini menumpaskan Liston selepas satu minit 44 saat dalam pusingan pertama perlawanan semula yang diadakan di Lewiston, Amerika Syarikat.
Susulan kejayaan itu, beliau seterusnya dinobatkan sebagai Juara Tinju Dunia Kategori Heavyweight oleh Majlis Tinju Dunia (WBC). Saksikan video perlawanan tersebut di bawah:
Pukulan “phantom punch” Muhammad Ali dapat disaksikan melalui video ini pada durasi 4.30-4.36. -Sumber YouTube
Menyingkap kembali perjalanan kariernya, Muhammad Ali mula menceburi bidang tinju sejak berumur 12 tahun.
Selepas 6 tahun melibatkan diri dalam arena tinju, Ali berjaya memenangi 10 perlawanan.
Pada tahun 1960, Ali mula membabitkan dirinya dalam sukan tinju secara professional dan memenangi pingat emas pada perlawanan Olimpik Musim Panas di Rome menentang Poland.
Pada tahun 1981, Ali terpaksa akur selepas kalah dalam kejuaraan dunia kepada Trevor Berbick dan membuat keputusan untuk bersara pada keesokan harinya.
Kesihatan Muhammad Ali juga merosot selepas didiagnos menghidap penyakit Parkinson pada 1984.
Masalah kesihatan tidak mematahkan semangat Ali untuk terus memberi inspirasi, bantuan serta sokongan kepada orang lain agar terus berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan selain terlibat dalam pelbagai kerja amal.
Ali yang kini berusia 73 tahun pernah dianugerahkan Pingat Kebebasan oleh Presiden George W.Bush dan menerima Anugerah Presiden dari Persatuan Kemajuan Orang Kulit Hitam Kebangsaan (NAACP).