Penyokong skuad bola sepak kebangsaan yang berhasrat menyaksikan aksi pembukaan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Indonesia di Jakarta pada 5 Sept ini sudah boleh membeli tiket perlawanan, yang dijual bermula hari ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebooknya memaklumkan, tiket untuk perlawanan berkenaan yang dijual pada harga RM112.75 boleh dibeli secara dalam talian di laman sesawang https://my.bookmyshow.com, iaitu rakan pengendali tiket dalam talian bagi Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI).
Bernama difahamkan PSSI memperuntukkan sebanyak 3,000 keping tiket kepada penyokong skuad Harimau Malaya untuk menyaksikan perlawanan berkenaan yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Selepas menentang Indonesia, Malaysia bakal melayan kunjungan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 30 2019
![Tiket Malaysia menentang Indonesia di Jakarta sudah mula dijual Tiket Malaysia menentang Indonesia di Jakarta sudah mula dijual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446568751_MalaysiaFootballFe.jpg)
Tiket untuk perlawanan berkenaan yang dijual pada harga RM112.75 boleh dibeli secara dalam talian di laman web bookmyshow.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Tiket Malaysia menentang Indonesia di Jakarta sudah mula dijual Tiket Malaysia menentang Indonesia di Jakarta sudah mula dijual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446568751_MalaysiaFootballFe.jpg)
Tiket Malaysia menentang Indonesia di Jakarta sudah mula dijual
Tiket untuk perlawanan berkenaan yang dijual pada harga RM112.75 boleh dibeli secara dalam talian di laman web bookmyshow.