PETALING JAYA: Empat belas pasukan termasuk tiga pasukan baharu mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Ragbi Cobra 10 Sebelah (10's) edisi ke-50, yang dijadual berlangsung di Padang Astaka di sini, pada Sabtu dan Ahad ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Lt Kol (B) Tommy Pereira berkata tiga pasukan baharu itu ialah Pakuranga United Rugby Club dan Palmerston North Boys High School, masing-masing dari New Zealand serta Port Moresby Harlequins dari Papua New Guinea.
Beliau berkata kejohanan tersebut, bagaimanapun tidak menyediakan sebarang hadiah wang kemenangan kecuali trofi dan pingat.
"Pada tahun sebelum ini ada ditawarkan wang kemenangan tapi, oleh kerana ini edisi ke-50 kami beritahu mereka yang mengambil bahagian bahawa ia tiada, berikutan kekangan kewangan.
"Namun, mereka sanggup datang kerana mereka merupakan rakan ragbi kita untuk tempoh yang lama," katanya pada sidang media pelancaran kejohanan tersebut, di sini hari ini.
Beliau berkata bersempena jubli emas kejohanan, selain menyokong objektif mempopularkan format 10's terutamanya dalam kalangan wanita, kejohanan tahun ini turut menyediakan pertandingan kategori wanita, yang akan diadakan serentak.
"Dalam memartabatkan lagi sukan ragbi, kita menampilkan cabaran buat pasukan wanita yang turut melakar pencapaian memberangsangkan pada Kejohanan Ragbi Asia Seven Series 2023 di Bangkok, Thailand pada bulan lepas," katanya.
Selain pasukan ragbi Cobra yang membawa cabaran negara dalam kategori lelaki, pasukan lain yang turut serta ialah Casuarina Cougars (Australia), Daveta Rugby (Fiji), Global Lions (New Zealand) selain NTK dan West Coast Sharks (Afrika Selatan).
Bagi kategori wanita pula melibatkan pasukan Cobra Venom, Dingoes RC dan Sabah Angel Warriors mewakili Malaysia sementara Bedok Kings dan Wolves RFC dari Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023
![Tiga pasukan baharu sertai Kejohanan Ragbi Cobra 10 Sebelah edisi ke-50 Tiga pasukan baharu sertai Kejohanan Ragbi Cobra 10 Sebelah edisi ke-50](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699344544_genericragbi.jpg)
Kejohanan itu yang tidak menyediakan sebarang hadiah wang kemenangan kecuali trofi dan pingat tetap mendapat sambutan menggalakkan. - Gambar hiasan
![Meta akan padam kandungan hina zionis di Facebook, Instagram Meta akan padam kandungan hina zionis di Facebook, Instagram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709656518_MetaPlatforms.jpg)
Meta akan padam kandungan hina zionis di Facebook, Instagram
Ini kerana perkataan zionis kini digunakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu sebagai alasan untuk memukul rata kesemua individu Yahudi serta Israel.
![Tun Mahathir sambut hari lahir ke-99 hari ini Tun Mahathir sambut hari lahir ke-99 hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720582924_TunM.jpg)
Tun Mahathir sambut hari lahir ke-99 hari ini
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.09 mata kepada 1,614.33 daripada 1,614.42 semalam.
![Nelayan dikhuatiri hilang selepas terjun ketika dikejar Maritim Malaysia Nelayan dikhuatiri hilang selepas terjun ketika dikejar Maritim Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720581127_tbdikhuatirilemas.jpg)
Nelayan dikhuatiri hilang selepas terjun ketika dikejar Maritim Malaysia
Bot ronda Maritim Malaysia merapati bot terbabit kerana mengesyaki bot berkenaan sedang melakukan aktiviti menangguk siput.
17 lapangan terbang tidak perlu asingkan cecair, peranti
HKG bukanlah lapangan terbang pertama yang melaksanakan perubahan ini. Sejak 2015, lapangan terbang di seluruh dunia telah menggantikan sistem pengimbas yang lapuk dengan mesin x-ray tomografi berkomputer (CT) termaju.
The hidden costs of cutting diesel subsidies
Prime Minister Anwar Ibrahim stated that the Malaysian government's decision to implement targeted diesel subsidies is crucial for the country's well-being, despite the measure's unpopularity. The shift from blanket subsidies to targeted subsidies represents a significant change in economic policy. How will this affect different segments of the population, particularly the most vulnerable?
Jiwa SME: Meneraju Industri Pertukaran Wang di Era Digital
Hasani Money Exchange, yang ditubuhkan 40 tahun lalu di Sungai Petani, Kedah, kini mempunyai 42 cawangan di seluruh Malaysia. Dalam era digital dan ketidakpastian ekonomi global, syarikat ini terus berkembang dengan menawarkan perkhidmatan tukaran wang asing dan kiriman wang yang komprehensif. Berlesen penuh oleh Bank Negara Malaysia, Hasani Money Exchange berusaha membuka cawangan baru di Johor dan Pantai Timur menjelang akhir tahun ini.
Bagaimana B40, Miskin Tegar uruskan perbelanjaan harian mereka
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil turun ke Kuala Terengganu bagi menyelami kisah masyarakat B40 dan Miskin Tegar.
Pengurusan cekap kewangan, tingkatkan kualiti pekerja
Perunding Kanan, Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Suzana Ali membincangkan berkenaan jurang kewangan di mana 26 peratus daripada pekerja dewasa di Malaysia mengalami tekanan kewangan pada pelbagai tahap.
AWANI Pagi: Liga Wanita Nasional: Peneraju Bola Sepak Wanita
Tahun ini merupakan tahun ketiga penganjuran Liga Wanita Nasional. Ia bertujuan untuk mempertingkatkan martabat industri bola sepak wanita. Apa nilai tambah dan keunikan penganjuran kali ini? Ikuti perkongsiannya dalam #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
![Tiga pasukan baharu sertai Kejohanan Ragbi Cobra 10 Sebelah edisi ke-50 Tiga pasukan baharu sertai Kejohanan Ragbi Cobra 10 Sebelah edisi ke-50](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699344544_genericragbi.jpg)
Tiga pasukan baharu sertai Kejohanan Ragbi Cobra 10 Sebelah edisi ke-50
Empat belas pasukan termasuk tiga pasukan baharu mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Ragbi Cobra 10 Sebelah (10's) edisi ke-50.