Tidak menjadi satu kesalahan jika ahli sejarah memberi pendapat mengenai sukan kerana semua yang berlaku dalam hidup berkait rapat dengan sejarah termasuk mengenai bola sepak negara, kata
pengkritik sukan tanah air, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Khoo berkata jika ada pihak yang menyifatkan beliau tidak layak untukmemberi komen mengenai sukan bola sepak di negara ini, ia bermakna mereka juga tidak tahu sejarah.
"Mereka tidak tahu latar belakang saya. Sekiranya tidak tahu, mereka tidak sepatutnya membuat komen. Kalau hendak berbincang tentang bola sepak di televisyen, saya sanggup hadir bertemu dengan mereka.
"Jika mereka tidak pernah hidup pada zaman dahulu, mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku ketika itu," katanya ketika ditemubual menerusi program
Dalam Radar terbitan Bernama Radio24, semalam. Media sebelum ini melaporkan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Subahan Kamal dikatakan 'mengajar' media supaya soalan
berkaitan pembangunan bola sepak hanya perlu diajukan kepada mereka yang bertauliah dan benar-benar mempunyai kredibiliti.
Khoo, seorang sejawaran negara, turut kecewa kerana masyarakat sekarang dilihat tidak faham dan tidak memberi perhatian kepada sejarah yang meliputi semua aspek dan bukan tertumpu kepada perkara berkaitan dengan politik dan peperangan.
Beliau berkata sekiranya ahli sukan tidak boleh menerima teguran, maka mereka perlu sentiasa menunjukkan prestasi yang baik. "Jika tidak suka kena tegur, menanglah selalu...itulah yang kami lakukan
dahulu.
Ketika zaman dahulu, semua yang menjadi wira ialah ahli sukan bukannya yang mendapat 24 'A' dalam peperiksaan," kata Khoo.
Penganalisis bola sepak, Reduan Abdullah pula berpendapat sejarah adalah panduan utama bagi mengukur prestasi skuad profesional bola sepak negara untuk terus berada pada tahap yang konsisten dalam setiap perlawanan.
"Sejarah dan pembangunan bola sepak negara berkait rapat, pendapat orang lama penting kerana mereka ada pada zaman kegemilangan bola sepak negara pada era 70-an. Kalau tidak berpandukan kepada sejarah macam mana kita mahu tentukan hala tuju pembangunan bola sepak negara," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata Malaysia mempunyai pemain bola sepak bertaraf profesional namun dari segi aspek pengurusan pasukan masih di tahap amatur.
Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata usaha ke arah pembangunan bola sepak masa kini perlu lebih realistik dengan pengendalian organisasi yang lebih profesional.
"Sejarah penting untuk kita lihat apa yang pernah kita capai iaitu panduan untuk masa depan sesuatu sukan. Tetapi kita tidak boleh bergantung kepada sejarah semata-mata dan berpuas hati dengan pencapaian terdahulu kerana kejayaan itu telah pun berlalu. Ada sesuatu perkara yang tidak lagi relevan untuk
digunakan masa kini.
"Dalam soal bola sepak, kita perlu terima hakikat bahawa skuad kebangsaan perlukan banyak perubahan. Saya percaya setiap organisasi yang bertanggungjawab sentiasa memikirkan soal pembangunan bola sepak negara," katanya.
Bernama
Fri Jan 11 2013
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Tidak kenal sejarah buat orang muda jiwa kosong
Ada generasi muda kurang memahami kerana tidak berada di zaman kesusahan dan tidak pernah rasa perit jerih untuk mencapai kemerdekaan.
Tidak salah 'orang sejarah' kritik sukan negara
Khoo berkata jika ada pihak meyifatkan beliau tidak layak memberi komen mengenai bola sepak, ia bermakna mereka juga tidak tahu sejarah.