Skuad Harimau Malaya tidak perlu takut sekiranya memperoleh keputusan negatif ketika menentang Syria dan China dalam aksi persahabatan pada September depan.
Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai khor Abdullah berkata, perkara paling penting adalah mencari kelemahan sebelum bermulanya Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada November.
“Bagi saya ia satu tindakan yang tepat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk mencari lawan yang lebih kuat agar kita dapat lihat di mana kelemahan kita.
“Tak ada makna kalau asyik jumpa pasukan seperti Timor Leste atau Papua New Guinea yang memang kita tahu boleh menang dan ia sudah tentu tidak akan memberikan cabaran kepada pasukan negara.
“Bagi saya kekuatan China dan Syria agak mirip dengan pasukan yang akan kita lawan pada pusingan kelayakan itu, sekali gus akan jadi pendedahan berguna kepada pemain-pemain negara,” katanya kepada Sinar Harian.
Pada Isnin, FAM telah mengumumkan Syria dan China akan menjadi lawan skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabatan di Chengdu, China pada 6 dan 9 September depan.
Ia sebagai persiapan sebelum Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula November depan yang menyaksikan Malaysia diundi bertemu Oman, Kyrgyzstan dan pemenang antara Taiwan atau Timor Leste dalam Kumpulan D.
Berdasarkan ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 20 Julai lalu, Malaysia berada di kedudukan ke-136 dunia, sementara China (80) dan Syria (94).
Sementara itu, Mohd Azraai berkata, tiada apa yang perlu dirisaukan jika kedua-dua aksi persahabatan itu berakhir dengan kekalahan dan sehingga menjejaskan ranking Harimau Malaya.
“Terjejas (ranking) itu tak apa, namun yang paling penting kita kena fikir mengenai persiapan pasukan kerana mereka bakal beraksi di peringkat yang lebih tinggi.
“Ini platform yang betul untuk menguji kekuatan pasukan negara. Saya yakin pasukan negara boleh menyaingi Syria dan China dan mungkin boleh memberikan keputusan positif,” jelasnya. - StadiumAstro
Astro Arena
Wed Aug 02 2023
![Tidak perlu bimbang jika ranking terjejas - Azraai Khor Tidak perlu bimbang jika ranking terjejas - Azraai Khor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41690968968_bolasepak.jpg)
Perkara paling penting adalah mencari kelemahan sebelum bermulanya Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada November.
![Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738213206_JordanHospital.jpg)
Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza.
![Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui? Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739327507_GajiMinimum.jpg)
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739329199_ATM.jpg)
Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.
![PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739327892_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac
Penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat.
Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,550 orang
Timbalan Menteri Pertahanan berkata Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,950 orang sehingga 31 Dis 2024
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736749898_KPMjpg.jpg)
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
“Bukan kita tiada laporan, kita baru lancar”-Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata akan sediakan laporan MOSTI selepas setahun pelancaran Dasar inovasi sosial.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738746504_AnwarIbrahim.jpg)
Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar
Anwar berkata perkara berkenaan perlu dibawa kepada pengetahuan Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum keputusan mengenainya dibuat.
“Menggalakkan inovator ambil Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM)”- Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkongsi beberapa intervansi yang dicadangkan bagi mengatasi cabaran awal yang dikenal pasti.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57 Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739253674_KualaLumpur.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata.
![Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734245279_SzzeFeiIzzuddin.jpg)
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
![UPSI tersenarai 601 ranking terbaik dunia UPSI tersenarai 601 ranking terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/41585407364_UPSI.jpg)
UPSI tersenarai 601 ranking terbaik dunia
Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) disenaraikan di kedudukan ke-601 terbaik dunia berdasarkan Times Higher Education World University Rankings.
![Universiti perlu ekosistem seimbang sebagai penanda aras, bukan hanya ranking - Zambry Universiti perlu ekosistem seimbang sebagai penanda aras, bukan hanya ranking - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731511755_ZambryAbdulKadir.jpg)
Universiti perlu ekosistem seimbang sebagai penanda aras, bukan hanya ranking - Zambry
Setiap universiti perlu memastikan keseimbangan ekosistem secara keseluruhan sebagai penanda aras dan bukan hanya menjadikan pencapaian ranking (kedudukan) sebagai matlamat terpenting.
![UUM di kedudukan ke-79 dalam ranking universiti terbaik Asia 2025 UUM di kedudukan ke-79 dalam ranking universiti terbaik Asia 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730908647_QSWorldUniversity.jpg)
UUM di kedudukan ke-79 dalam ranking universiti terbaik Asia 2025
UUM terus cemerlang apabila disenaraikan di kedudukan ke-79 dalam QS World University Rankings: Asia 2025 yang diumumkan hari ini, melonjak 22 anak tangga berbanding edisi sebelumnya.
![Rangka kerja Bandar Pintar Malaysia capai hasil memberangsangkan - Gobind Rangka kerja Bandar Pintar Malaysia capai hasil memberangsangkan - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730874534_TBkl.jpg)
Rangka kerja Bandar Pintar Malaysia capai hasil memberangsangkan - Gobind
Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, yang bertujuan memacu bandar-bandar tempatan mencapai standard bandar pintar global, menonjolkan hasil yang memberangsangkan.
![Indonesia di hadapan Malaysia, dibezakan tiga anak tangga Indonesia di hadapan Malaysia, dibezakan tiga anak tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729819442_tbHarimauMalaya.jpg)
Indonesia di hadapan Malaysia, dibezakan tiga anak tangga
Indonesia berada pada tempat ke-130 dunia, turun satu anak tangga, kerana merekodkan satu seri (Bahrain) dan satu kekalahan (China).
![Kedah Darul Aman daki ranking Liga Super Kedah Darul Aman daki ranking Liga Super](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720832852_KedahDarulAman.jpg)
Kedah Darul Aman daki ranking Liga Super
Kedah Darul Aman menghuni tangga kelima berbekalkan kemenangan 3-0 ke atas Kelantan Darul Naim, malam tadi.
![Hong Kong lonjak tangga kelima ranking daya saing dunia Hong Kong lonjak tangga kelima ranking daya saing dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719391197_TBHONGKONGGENERIC.jpg)
Hong Kong lonjak tangga kelima ranking daya saing dunia
Ranking itu turut menyaksikan Hong Kong menduduki tempat teratas bagi kategori 'dagangan antarabangsa' dan 'peraturan perniagaan'.
![Kedudukan Lee Zii Jia naik satu anak tangga selepas siri persembahan cemerlang Kedudukan Lee Zii Jia naik satu anak tangga selepas siri persembahan cemerlang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718709144_TBLeeZiiJia.jpg)
Kedudukan Lee Zii Jia naik satu anak tangga selepas siri persembahan cemerlang
PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya memperbaiki kedudukan ranking beliau ke kedudukan ke-7 dunia hari ini.