PETALING JAYA: Tiada perbincangan untuk Malaysia menarik diri sebagai tuan rumah saingan Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023, berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata setakat ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneruskan segala persiapan penganjuran acara itu dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Katanya, ketetapan prosedur operasi standard (SOP) juga masih kekal, antaranya kehadiran penonton ke stadium tidak melebihi daripada 50 peratus kapasiti, penjarakan fizikal serta larangan makan dan minum di dalam stadium.
"Saya berharap agar orang ramai kekal menjaga SOP dan memperketatkan SOP secara kendiri supaya kita dapat melawan penularan wabak COVID-19 dan segala aktiviti sukan dapat diteruskan, ia cukup penting," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Buku Datuk Shukor Salleh bertajuk "Jeneral Padang" di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, hari ini.
Ahmad Faizal turut bimbang jika berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19 yang berpotensi memberi impak negatif kepada sektor sukan, antaranya segala kebenaran aktiviti mungkin terpaksa ditarik balik.
Pada pusingan kelayakan itu yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya yang menduduki ranking ke-154 dunia akan dicabar dua pasukan pada ranking lebih baik iaitu Bahrain (89) dan Turkmenistan (134), selain Bangladesh (186).
Skuad kendalian Kim Pan Gon itu akan memulakan kempen dengan bertemu Turkmenistan pada 8 Jun, sebelum berdepan Bahrain (11 Jun) dan aksi terakhir menentang Bangladesh pada 14 Jun.
Sementara itu, Ahmad Faizal menyifatkan peluang beraksi di laman sendiri memberi kelebihan kepada pasukan negara dalam misi menamatkan kemarau 42 tahun layak ke Piala Asia secara merit sejak 1980 di Kuwait.
"Tentunya kalau bermain di laman sendiri dan beraksi di hadapan penyokong sendiri semangat pasukan lebih berbeza, lebih kuat, maka memberi kelebihan kepada kita, jadi saya harap pasukan akan capai kejayaan nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
Menurut Ahmad Faizal, FAM akan meneruskan segala persiapan penganjuran acara itu dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). - Gambar fail
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Demi negara, Andik Vermansah terpaksa 'gaduh dengan saudara'
Keakraban Andik dengan ramai pemain Harimau Malaya selepas lima tahun mencari rezeki di bumi Malaysia terpaksa dilupakan untuk seketika demi menjulang Garuda di dada.