Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menemui salah satu daripada jalan penyelesaian bagi menangani masalah rasuah bolasepak.

Ianya hasil daripada perjumpaan menterinya, Khairy Jamaluddin bersama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis.

Jelas Khairy, antara punca kepada permasalahan itu ialah tiada kerjasama daripada persatuan bola sepak negeri.

Ia membabitkan penubuhan Jawatankuasa Integriti di peringkat negeri seperti yang telah diputuskan oleh FAM.

Namun, ia gagal berfungsi sepenuhnya sekaligus menggesa kepada KBS mengambil langkah proaktif untuk bersama menyelesaikan isu yang berbangkit.

Berita selanjutnya dapat diikuti melalui video yang disediakan.