KUALA LUMPUR: Tiada istilah 'anak emas' dalam program Road To Gold (RTG) yang dibentuk dalam usaha negara meraih emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Beliau menegaskan semua atlet di bawah program berkenaan menerima layanan sama memandangkan mereka bakal menggalas misi menghadiahkan emas pertama buat Malaysia di temasya berprestij itu.
"Kita tidak ada anak emas tertentu dalam program RTG, semua atlet adalah anak emas. Kita bagi elaun yang sama RM3,000 sebulan kepada semua atlet berada dalam program ini.
"Servis ISN (Institut Sukan Negara) juga kita beri kepada mereka bagi memastikan mereka ada peluang untuk berjaya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat RTG, hari ini.
Hannah berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan jawatankuasa RTG untuk mengekalkan perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia dalam program itu meskipun telah tergelincir daripada kedudukan ke-10 dunia berikutan aksi kurang memberangsangkan dipamerkannya.
Baru-baru ini, Zii Jia mengambil keputusan untuk berehat sementara waktu daripada menyertai kejohanan badminton bagi mendapatkan semula motivasi susulan prestasi merudum sejak akhir-akhir ini.
Koordinator RTG Datuk Stuart Ramalingam berkata keputusan mengekalkan pemain ke-11 dunia itu dibuat selepas mengambil kira mata kelayakan ke Olimpik dan saranan teknikal berdasarkan ranking Road to Paris.
Stuart berkata RTG juga telah menerima cadangan untuk memasukkan seorang lagi pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ke dalam program tersebut berdasarkan pencapaian di kejohanan terbaru yang mereka sertai.
Katanya, bagi kedudukan beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang kini menghuni ranking ke-18 pula, mereka akan diberi masa sehingga September ini untuk membuktikan prestasi mereka.
Sementara itu, Stuart turut mengesahkan skuad hoki lelaki kebangsaan menjadi ahli terbaru RTG sebagai persiapan mengharungi Sukan Asia 2023 September ini.
"Hoki akan menerima sokongan diperlukan ke temasya Sukan Asia yang merupakan medan kelayakan ke Olimpik Paris 2024," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
Hannah berkata, semua atlet di bawah program itu menerima layanan sama memandangkan mereka bakal menggalas misi menghadiahkan emas pertama buat Malaysia. - Gambar fail
Messi sasar Piala Dunia 2026, kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni
Messi dan rakan-rakannya sedar masih ada masa yang munasabah dan mereka semua bersemangat untuk bermain di Piala Dunia.
Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.
Tiada kuasa halang bekas atlet jadi jurulatih di luar negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh melahirkan kebimbangan terhadap situasi bekas atlet negara yang kini sering 'dipancing' oleh negara lain dengan tawaran sebagai jurulatih.
Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perbincangan itu dijangka dibuat bermula bulan hadapan.
Hannah gesa persatuan sukan kurangkan amalan politik
Menteri Belia dan Sukan mahu setiap pemilihan yang dibuat pada mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan sukan dilaksanakan secara sihat.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
Lebih 19 individu minat jawatan CEO ISN - Hannah
Pihaknya menerima lebih 19 permohonan untuk jawatan tersebut, melibatkan penjawat awam dan orang awam dari pelbagai latar belakang.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
'Becoming Hannah' ditapis Perpustakaan Negara Malaysia, bukan buku agama - Dr Kamarul Zaman
Kamarul Zaman disoal peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Hannah pada perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Belia dan Sukan itu terhadapnya.