THIAGO Alcantara masih mengalami kecederaan lutut ketika bertemu Everton dan bakal pulih beberapa minggu lagi, kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu tidak beraksi sejak seri 2-2 dalam aksi derby Merseyside di Goodison Park 17 Oktober lalu.
Thiago hanya beraksi dua kali buat Liverpool sejak berhijrah dari Bayern Munich.
Namun persembahannya ketika berdepan Everton dan Chelsea telah memberikan impak -- pemain itu melakukan (107) hantaran dan menyempurnakan (98) bagi 90 minit berbanding mana-mana pemain Liverpool musim ini.
Liverpool menikmati lima kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan selepas seri dengan The Toffees, tetapi skuad kendalian masih lagi belum menang selepas sekadar sekali dalam empat perlawanan, rentetan yang terhasil dengan kekalahan 2-0 di laman sendiri kepada Atalanta dalam aksi Liga Juara-Juara sebelum ini.
Menjelang pertembungan dengan Ajax awal pagi esok dan mereka memerlukan sekadar seri untuk mara ke pusingan 16 sebelum aksi terakhir saingan kumpulan.
Ketika kapten pasukan, Jordan Henderson, cergas untuk beraksi, James Milner (hamstring) terlepas perlawanan dan Thiago sudah pasti masih lagi diketepikan.
"Kami perlu menjelaskan mengenai isu Thiago," kata Klopp.
"Thiago mengalami kecederaan ketika bertemu Everton, tiada masalah yang serius namun masih lagi terpaksa impak di bahagian lututnya dan perkara itu masih lagi dalam proses pemulihan.
"Saya tidak boleh mengatakan Thiago sudah bersedia, dia memerlukan beberapa minggu lagi sebelum pulih sepenuhnya."
Astro Arena
Tue Dec 01 2020

Thiago (gambar) mengalami kecederaan ketika bertemu Everton. - Gambar fail REUTERS
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Thiago umum bersara dari bola sepak
Thiago telah bersara daripada bola sepak selepas tamat musim penuh kecederaan bersama Liverpool.

Kontrak tiga pemain senior Liverpool tidak disambung
Liverpool akan melepaskan tiga pemain senior Joel Matip, Thiago Alcantara dan Adrian pada penghujung musim ini.

Thiago yakin mimpi buruk Liverpool sudah berakhir
Thiago Alcantara yakin Liberpool mampu kembali di landasan kemenangan selepas pasukan itu berjaya melangkah ke aksi suku akhir.

Thiago perlu beberapa minggu lagi sebelum pulih sepenuhnya - Klopp
Pemain kebangsaan Sepanyol itu tidak beraksi sejak seri 2-2 dalam aksi derby Merseyside di Goodison Park 17 Oktober lalu.