KUALA TERENGGANU: Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menafikan khabar angin bahawa pihaknya akan menggantikan ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner dengan pengendali baharu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ab Rasid Jusoh berkata berita yang berlegar di media sosial itu tidak benar dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata proses mencadang, melantik atau menukar jurulatih baharu bukan perkara mudah, selain perlu mendapat persetujuan daripada pihak atasan dan Ahli Lembaga Pengarah TFCSB terlebih dahulu.
"Kami amat kesal dengan penyebaran berita yang tidak benar sebegini. Untuk makluman proses menukar jurulatih perlu dikaji dengan terperinci oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal TFC sebelum dilaksana.
"TFCSB tidak akan mengambil tindakan terburu-buru yang melibatkan pengendali pasukan dan pemain kerana mereka aset utama pasukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ab Rasid penyebaran berita itu sedikit sebanyak menjejaskan hubungan antara pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan, serta menganggu persediaan pasukan untuk menghadapi saingan Liga Super yang bakal bersambung 19 Mei ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan penyokong skuad Penyu serta mana-mana pihak supaya tidak mempercayai khabar berita daripada sumber yang tidak sahih.
"Saya mohon peminat bola sepak Terengganu supaya tidak terpengaruh dan terus memberikan sokongan kepada TFC agar pasukan kita kekal unggul dalam arena bola sepak negara," katanya.
Khabar angin mengenai pertukaran ketua jurulatih timbul susulan prestasi merundum TFC di Liga Malaysia musim ini.
TFC ketika ini menghuni tangga kelapan daripada 14 pasukan yang bertanding di Liga Super dengan kutipan 14 mata daripada 10 perlawanan di pusingan pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023
![TFCSB nafi khabar angin tukar ketua jurulatih skuad Penyu TFCSB nafi khabar angin tukar ketua jurulatih skuad Penyu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678067398_TomislavSteinbruckn.jpg)
Khabar angin mengenai pertukaran ketua jurulatih timbul susulan prestasi merundum TFC di Liga Malaysia musim ini. - Fail/BERNAMA
![Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720088293_HasyimAsyari.jpg)
Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia
DKPP Indonesia telah memecat Hasyim Asy'ari daripada jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU), atas tuduhan melanggar etika profesional.
![Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718726545_FBREAKCONDOMAHAL.jpg)
Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN
Sistem eCOB, iaitu laman web sehenti bagi pengumpulan pelbagai maklumat berkaitan skim pemajuan perumahan dan kediaman berstrata, tidak digunakan sepenuhnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Wilay
BYD buka kilang di Thailand, pertama di Asia Tenggara
Kilang BYD itu adalah sebahagian daripada gelombang pelaburan bernilai lebih 1.44 bilion dolar Amerika daripada pembuat EV China yang mendirikan kilang di Thailand, dibantu oleh subsidi kerajaan dan insentif cukai.
3,000 kilang pintar dijangka sumbang RM36.8 bilion KDNK
3,000 kilang pintar dengan teknologi 5G dijangka akan menyumbang hampir RM40 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pantau Agenda Reformasi: Sungai Bakap Memilih: Analisis kecenderungan pengundi
Ikuti ulasan Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, UUM, Mujibu Abd Muis mengenai prestasi calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menjeland hari pengundian 6 Julai akan datang.
![Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1 Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720085748_TBAmirudinShari.jpg)
Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1
Selangor mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.43 peratus bagi tempoh 2021 hingga 2023.
!['Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon 'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720087002_sadiqjamil.jpg)
'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon
Sadiq berkongsi perkara itu ketika disoal tentang sama ada mahu meneruskan legasi neneknya yang merupakan seorang legenda dalam dunia hiburan.
ICJ benarkan celahan tujuh negara dalam kes genosid Myanmar
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membenarkan celahan oleh tujuh negara dalam kes genosid ke atas Myanmar.
Polis jamin siasat petugas PH ganggu wartawan
Polis beri jaminan menjalankan siasatan berhubung petugas kempen PH didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wartawan
KDN jamin keselamatan pengundi
KDN jamin keselamatan 39,000 pengundi Sungai Bakap yang membuang undi pada PRK Sungai Bakap pada Sabtu ini.
![Mohd Sabri Abas dilantik CEO baharu Terengganu Football Club Mohd Sabri Abas dilantik CEO baharu Terengganu Football Club](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696851531_TerengganuFC.jpg)
Mohd Sabri Abas dilantik CEO baharu Terengganu Football Club
Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Sabri Abas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat yang baharu.
![TFCSB nafi khabar angin tukar ketua jurulatih skuad Penyu TFCSB nafi khabar angin tukar ketua jurulatih skuad Penyu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678067398_TomislavSteinbruckn.jpg)
TFCSB nafi khabar angin tukar ketua jurulatih skuad Penyu
Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menafikan khabar angin bahawa pihaknya akan menggantikan ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner dengan pengendali baharu.