KUALA LUMPUR: Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon mencabar anak buahnya supaya terus mengejutkannya apabila bertemu Tajikistan dalam aksi final Piala Raja Thailand di Stadium Chiang Mai, malam ini.
Jurulatih dari Korea Selatan itu berkata ini berikutan pemain sentiasa melebihi jangkaan beliau dalam setiap perlawanan sejak beliau dilantik sebagai jurulatih baharu skuad kebangsaan, Januari lalu.
"Saya tidak sabar untuk melihat reaksi pemain kerana mereka selalu mengejutkan saya sebelum ini. Semoga pemain akan mempunyai keyakinan penuh (menentang Tajikistan) pada Ahad," katanya pada sidang media praperlawanan di Chiang Mai, Sabtu.
Pan Gon juga berjanji kepada penyokong Malaysia bahawa anak buahnya akan memperagakan persembahan terbaik di atas padang menentang pasukan bimbingan Petar Segert dan cuba menamatkan kemarau 44 tahun Malaysia selepas kali terakhir merangkul piala itu pada 1978.
Beliau juga yakin skuad Harimau Malaya di ranking ke-148 dunia dapat mengatasi tekanan sekiranya perlawanan diputuskan menerusi penentuan sepakan penalti berikutan pernah mengalami dan memenangi penalti menentang negara tuan rumah, Thailand, 5-3, Khamis lalu.
Dalam pada itu, Pan Gon memaklumkan bahawa Tajikistan, yang menduduki ranking ke-102 dunia berkongsi sedikit persamaan dengan Turkmenistan, skuad yang mereka tewaskan 3-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan E pusingan kelayakan Piala Asia 2023, Jun lalu, kerana kedua-dua pasukan berasal dari Zon Asia Tengah.
"Saya fikir budaya dan fizikal tertentu mungkin serupa tetapi apa yang boleh saya katakan ialah pendekatan praktikalnya benar-benar berbeza daripada kedua-dua pasukan. Saya rasa Tajikistan lebih kuat sedikit daripada Turkmenistan," katanya.
Kali terakhir kedua-dua negara bertemu ialah pada 2019 di mana Malaysia menang 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
"Saya fikir begitu kerana kami mempunyai skuad yang bagus dan sesiapa sahaja boleh bermain. Pada kejohanan lalu (Kelayakan Piala Asia 2023), kami menggunakan ramai pemain berbeza dan mereka masih menunjukkan prestasi yang hebat," katanya.
Selain memenangi Piala Raja Thailand pada 1978, Malaysia pernah memenangi kejohanan itu pada 1972, 1976, dan 1977.
Sementara itu, pemain tengah kacukan Malaysia-Australia, Brendan Gan percaya bahawa Ahad adalah hari dinanti-nantikan untuk menamatkan kemarau 44 tahun memenangi piala tersebut.
Justeru, beliau menyeru rakan sepasukan untuk 'mengaum' di atas padang dengan memberikan persembahan 100 peratus dalam usaha menjulang piala itu sempena ulang tahun ke-700 Stadium Chiang Mai itu.
"Saya faham ia bukan perlawanan yang mudah menentang Tajikistan tetapi dengan latihan keras di dalam dan luar padang, mudah-mudahan ia akan membuahkan hasil pada perlawanan malam Ahad," katanya pada sidang media berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022

Pan Gon berjanji anak buahnya akan memperagakan persembahan terbaik menentang pasukan Tajikistan dan cuba menamatkan kemarau 44 tahun Malaysia selepas kali terakhir merangkul piala itu pada 1978. - Gambar fail BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.

Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.

Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.

Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.

Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.

Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.

Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.

Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.