Tertekan dengan harapan tinggi menjadi punca perenang elit negara, Welson Sim gagal mengekalkan pingat emas dalam acara kegemaran, 200m gaya bebas lelaki pada temasya Sukan SEA ke-30 di sini, pada Sabtu.
Welson, pemegang rekod Sukan SEA dengan masa 1:47.36s yang dicipta di Kuala Lumpur, dua tahun lalu, merangkul pingat perak dengan 1:48.52s di Pusat Akuatik New Clark City di sini.
Acara itu dimenangi perenang Singapura, Darren Chia dengan catatan masa 1:48.26s manakala gangsa menjadi milik perenang Vietnam, Hoang Quy Phuoc dengan masa 1:48.59s.
"Saya terlalu tertekan dan tahu saya mempunyai peluang besar untuk menang tetapi banyak bising (penonton) dan harapan tinggi diletakkan terhadap saya," kata perenang berusia 22 tahun yang diletakkan sebagai sandaran utama mengekalkan kutipan tiga emas buat kontinjen negara.
"Saya sedar dengan catatan peribadi terbaik dan saya bersungguh-sungguh semasa saingan dan akhirnya kalah," katanya.
Welson turut gagal mempertahankan emas dalam acara 400m gaya bebas selepas tewas kepada bintang muda Vietnam, Nguyen Huy Hoang, Rabu lalu.
Selain dua pingat perak, beliau hanya mempu meraih gangsa dalam acara 4x200m gaya bebas pada hari tersebut.
Dalam pada itu, dua lagi perenang negara menampilkan aksi hambar selepas gagal naik ke podium dalam acara masing-masing.
Daniel Lim hanya mampu menduduki tempat kelima dalam acara 200m kuak dada lelaki dengan catatan masa 2:16.62s.
Perenang Thailand, Ketin Nuttapong memenangi emas apabila berjaya memperbaiki rekod Sukan SEA yang dipegangnya dengan catatan masa 2:12.57s diikuti pemenang perak, Pham Thanh Bao dari Vietnam (2:12.84s) dan gangsa oleh perenang Singapura, Maximillian Wei Ang dengan masa 2:13.96s.
Rekod Sukan SEA sebelum ini dipegang Nuttapong dengan masa 2:12.99s yang dicipta pada edisi 2011 di Indonesia.
Seorang lagi perenang wanita negara, Goh Chia Tong, menduduki tangga tercorot dalam kalangan lapan perenang acara final 400m gaya bebas dengan catatan masa 4:31.92s.
Acara itu diungguli perenang Vietnam, Thi Anh Vien dengan masa 4:13.20s, diikuti Gan Ching Hwee dari Singapura (4:14.56s) dan pemenang gangsa, Natthanan Junkrajang dari Thailand dengan masa 4:17.59s.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 07 2019
WELSON: Saya sedar dengan catatan peribadi terbaik dan saya bersungguh-sungguh semasa saingan dan akhirnya kalah. - Bernama
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Renang Piala Dunia: Dua rekod kebangsaan diperbaharui
Saingan yang berlangsung bermula semalam menyaksikan dua rekod kebangsaan jarak pendek telah diperbaharui.
Paris 2024: Nur Syaiful duduki tempat keenam
Nur Syaiful menduduki tempat keenam dengan catatan masa 1 minit 46.71 saat di Paris La Defense Arena.
Olimpik Paris 2024: Ungguli saringan, namun Rouxin terlepas separuh akhir
Perenang negara Tan Rouxin gagal menempatkan diri dalam 16 terbaik untuk bertanding dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 di sini, hari ini.
Hoe Yean mahu pecah rekod kebangsaan di Olimpik Paris
Perenang negara Khiew Hoe Yean menyasarkan untuk memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) di Sukan Olimpik Paris 2024.
Terbuka Malaysia: Andrew cipta rekod kebangsaan 100m kuak dada
Perenang berusia 20 tahun itu mencatatkan masa 1 minit 02.30 saat untuk memadam rekod perenang Selangor, Ng Jing Fu 1:2.34s pada edisi 2019.
Bryan perbaharui rekod kebangsaan 100m kuak kupu-kupu di Doha
Perenang negara Bryan Leong Xin Ren memperbaiki rekod kebangsaan acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar.
Beraksi di saingan akhir pada Sukan Asia sulung jadi impian Hoe Yean
Jaguh renang negara Khiew Hoe Yean sasar untuk beraksi sekurang-kurangnya pada saingan akhir Sukan Asia sulungnya di Hangzhou.
Bryan Leong lebur rekod kebangsaan 14 tahun di Chengdu
Bryan mencatat 24.35 saat (s) pada saingan separuh akhir satu di Dong'an Lake Sports Park Aquatics Centre sekali gus memadam rekod lama.
Sukan SEA: Hoe Yean sumbang emas sulung kem renang negara
Hoe Yean mempamerkan renangan meyakinkan sebaik perlumbaan bermula untuk menjadi yang pertama tiba di penamat dengan catatan masa 1 minit dan 48.91 saat (s).
Sukan SEA: Bryan tekad sumbang pingat di Phnom Penh
Bryan mengakui bakal berdepan saingan sengit pada temasya di Phnom Penh pada 5 hingga 17 Mei ini.