Lai Kwan melakukan catatan masa 25.58 saat dalam acara 50m gaya bebas, menamatkan saingan di tempat ke-15, manakala Hoe Yean menamatkan acara 400m gaya bebas dengan catatan masa 3:42.37 saat di tempat keenam. - Foto Astro ARENA
DUA perenang negara, Chui Lai Kwan dan Khiew Hoe Yean, memperbaharui rekod kebangsaan ketika menyertai Kejohanan Renang Piala Dunia 2024 di Singapura.
Saingan yang berlangsung bermula semalam menyaksikan dua rekod kebangsaan jarak pendek telah diperbaharui.
Lai Kwan melakukan catatan masa 25.58 saat dalam acara 50m gaya bebas ketika menamatkan saingan di tempat ke-15 daripada 53 peserta.
Manakala Hoe Yean menamatkan acara 400m gaya bebas dengan catatan masa 3:42.37 saat di tempat keenam daripada lapan peserta.