Selaku jurulatih, Dollah berdepan beberapa kesukaran terutamanya pasukan negeri dan kelab yang enggan melepaskan pemain mereka untuk turun menentang Liverpool.
Namun, berbekalkan pemain yang ada termasuk lima pemain import yang terdiri dari Patrik Ronaldinho (PKNS), Vincent Bikana (Terengganu), Zah Rahan (Felda United), Thiago Junior (Perak) dan Chad Souza (Perak), skuad Malaysia XI berjaya mencatat keputusan seri.
GALERI FOTO: Pasukan pilihan Malaysia 'asah' kuku, elak dibaham The Reds di Stadium Nasional
Walaupun seri, ianya satu keputusan yang harus dibanggakan.
Pertahanan Perak, Thiago mengucapkan terima kasih kepada Dollah kerana memberi kepercayaan sekali lagi selepas dipilih menentang Tottenham sebelum ini.
Pemain tengah The Reds, Adam Lallana (kedua dari kanan) dengan aksinya yang tersendiri merebut bola dari pemain Malaysia XI, Kumaahran Sathasivam (kanan) dan Yong Kuong Yong (kedua dari kiri) dan Baddrol Bakhtiar ketika satu perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat. Perlawanan tersebut menyaksikan kedudukan mata seri 1-1. - Foto AP/Vincent Thian
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan yang telah memberikan kerjasama baik sepanjang perlawanan.
Keputusan Dollah untuk membawa masuk beberapa pemain import bukanlah perkara baru kerana telah pun dilaksana negara lain.
Ia dilihat sebagai langkah untuk meningkatkan prestasi skuad negara seperti yang telah dilakukan Singapura serta Jepun sebelum ini.
Timor Leste merupakan pasukan terbaru yang mengadaptasikan langkah ini.
Faktor ini turut menjadi topik perbualan di laman sosial Facebook Astro Arena.