Kerajaan negeri Terengganu memandang serius kelemahan dari segi penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan sukan di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Rozi Mamat.
Beliau berkata kerajaan negeri sudah menghabiskan lebih ratusan juta ringgit bagi membangunkan kemudahan sukan yang ada namun tahap penyelenggaraan dan pengurusannya masih agak mengecewakan.
"Kerajaan negeri bercadang menempatkan seseorang yang berpengetahuan dalam bidang teknikal untuk memastikan kemudahan sukan dapat diuruskan dengan baik," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dengan Persatuan-Persatuan Sukan Negeri di sini, Rabu.
Katanya kerajaan negeri pada dasarnya bersedia untuk mempertingkatkan kemudahan sukan dan mengeluarkan peruntukan kewangan yang besar untuk pembangunan sukan negeri.
"Bagaimanapun, aspek penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan sukan sedia ada perlu dipertingkatkan terlebih dahulu, kerana kegagalan berbuat demikian hanya akan merosakkan kemudahan itu, walaupun ia bertaraf antarabangsa,"katanya.
Mengenai mesyuarat itu, Rozi berkata ia antara lain membincangkan persediaan bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) tahun depan di Sarawak dan untuk memberi peluang kepada presiden persatuan sukan meluahkan permasalahan persatuan masing-masing.
"Terengganu mempunyai banyak bakat sukan yang boleh digilap dan ada sukan-sukan tertentu di negeri ini dilihat mampu bersaing dan menyerlah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
"Saya yakin usaha untuk terus unggul dalam persada sukan ini akan tercapai seiring dengan tahap pengurusan kemudahan sukan yang terbaik," katanya.
Astro Arena
Thu Jul 16 2015
Katanya kerajaan negeri pada dasarnya bersedia untuk mempertingkatkan kemudahan sukan dan mengeluarkan peruntukan kewangan yang besar untuk pembangunan sukan negeri.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Terengganu mahu tingkat penyelenggaran dan kemudahan sukan
Kerajaan negeri Terengganu memandang serius kelemahan dari segi penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan sukan di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Rozi Mamat.