BANGKOK: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen mereka di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2022 dengan langkah kanan apabila menewaskan beregu India S Prasad dan S Sunjith Jr dalam perlawanan pusingan pertama yang berlangsung di Impact Arena di sini hari ini.
Sze Fei-Nur Izzuddin mengambil masa 21 minit untuk menyingkirkan Prasad-Sunjith Jr, 21-7, 21-15.
Beregu Malaysia itu akan berhadapan Christo Popov-Toma Junior Popov dari Perancis dalam pusingan seterusnya.
Sementara itu beregu profesional Goh V Shem-Low Juan Shen yang memenangi set pertama 21-18 ketika bertemu Juara Dunia Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dari Jepun tidak dapat mengekalkan momentum dan kecundang dalam dua set seterusnya 12-21, 11-21.
Beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah pula mara ke pusingan kedua selepas menundukkan pasangan Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi 21-18 dan 21-19.
Pasangan pilihan ketujuh kejohanan itu akan bertemu Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting dari China atau Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun dari Taiwan.
Turut mara ke pusingan kedua, pemain perseorangan negara Sholeh Aidil yang tewas 18-21 dalam set pertama ketika menentang Kai Schaefer dari Jerman bangkit dan memenangi dua set seterusnya 21-16, 21-12.
Sementara itu pemain perseorangan profesional negara Soong Joo Ven menewaskan Mads Christophersen dari Denmark 21-14, 23-21.
Pemain perseorangan profesional Malaysia, Cheam June Wei mengambil keputusan menarik diri daripada perlawanan dan memberikan kemenangan mudah kepada Max Weisskirchen dari Jerman selepas tewas 11-21 dalam set pertama.
Keputusan Lain
---------------------
(Nota: Selain Malaysia dinyatakan)
Beregu Lelaki:
Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (DEN) mn Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong 21-8, 21-16
Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn - Lim Khim Wah mn Rory Easton - Zach Russ (ENG) 16-21, 23-21, 22-20
Beregu Wanita :
Vivian Hoo- Lim Chiew Sien mn Hsu Ya Ching-Lin Wan Ching (TPE) 16-21, 21-16, 21-16
Anna Ching Yik Cheong mn Fitriani-Ruselli Hartawan (INA) - Teoh Mei Xing 21-5, 21-18
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022
Sze Fei-Nur Izzuddin mengambil masa 21 minit untuk menyingkirkan Prasad-Sunjith Jr, 21-7, 21-15. - Gambar fail/ Bernama
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
Zii Jia juara Terbuka Thailand 2024
IMPIAN pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk merangkul gelaran pertama tahun ini tercapai setelah dinobatkan sebagai juara Terbuka Thailand 2024 di Bangkok sebentar tadi.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Dua beregu negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
Cabaran negara pada Terbuka Thailand berakhir
Ia selepas pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao, dikecewakan dalam 'straight set' oleh lawan masing-masing.
Tze Yong, Jun Hao mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao berjaya mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2023 di Stadium Tertutup Huamak, hari ini.
Terbuka Thailand: Leong Jun Hao lepasi pusingan kelayakan
Pemain badminton perseorangan negara Leong Jun Hao melepasi dua perlawanan pusingan kelayakan bagi melayakkan diri ke pusingan pertama Terbuka Thailand 2023.
Lee Zii Jia juara Terbuka Thailand
Zii Jia menewaskan pemain China, Li Shi Feng menerusi tiga set dengan kutipan mata 17-21, 21-11, 23-21.
Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.
Terbuka Thailand: Pertembungan antara pemain Malaysia di separuh akhir, Zii Jia bakal berdepan Daren
Perseorangan Malaysia Lee Zii Jia terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia.