KUALA LUMPUR: Peminat badminton tanah air mungkin berpeluang melepaskan rindu menyaksikan pemain negara beraksi pada Terbuka Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil, di sini yang dijadual berlangsung dari 25 hingga 30 Mei depan.
Ini berikutan kesediaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempertimbangkan cadangan membenarkan kehadiran penonton ke venue Terbuka Malaysia itu selepas Aidilfitri nanti.
Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya kini sedang menunggu lampu hijau daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan cadangan berkenaan.
"Dari segi peratusan (kemasukan), mungkin boleh gunakan panduan daripada MFL (Liga Bola Sepak Malaysia). Ini merupakan pertandingan antarabangsa dan berskala besar.
"Jika Terbuka Malaysia berjaya, ia mampu menjadi penanda aras kepada sukan lain untuk menganjurkan kejohanan antarabangsa di Malaysia," katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Sabtu.
Perlawanan Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Melaka United FC pada 2 April lalu merupakan projek perintis protokol pengurusan semula penonton ke stadium.
Dalam pada itu, Mohamad Norza turut memaklumkan pihaknya akan menganjurkan Terbuka Malaysia mengikut konsep gelembung sukan bagi membendung wabak pandemik Covid-19 yang masih melanda negara dan dunia ketika ini.
Menurut Mohamad Norza, BAM masih berbincang dengan MKN mengenai konsep gelembung sukan termasuk jumlah pemain yang dikuarantin, proses kuarantin serta bagaimana ujian calitan dilakukan.
Tambahnya, pihaknya berhasrat untuk mengaplikasikan konsep sama yang diguna pakai pada siri penganjuran sirkit Asia di Bangkok Thailand dan beberapa kejohanan terbuka di negara Eropah dalam Terbuka Malaysia kelak.
Katanya, BAM juga masih menunggu jumlah negara yang berminat menyertai Terbuka Malaysia nanti.
Pertandingan berbasikal Le Tour de Langkawi pada Februari 2020 merupakan kejohanan antarabangsa terakhir di Malaysia yang disertai penonton sebelum larangan penonton ke venue atau stadium untuk semua kejohanan sukan dikuatkuasakan susulan wabak Covid-19.
- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 10 2021
MOHAMAD NORZA: Jika Terbuka Malaysia berjaya, ia mampu menjadi penanda aras kepada sukan lain untuk menganjurkan kejohanan antarabangsa di Malaysia. -Gambar fail
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy
Katanya, sesiapa pun jurulatih terpilih akan menandatangani kontrak hingga Sukan Olimpik 2028.
BAM umum 13 pemain tinggalkan skuad kebangsaan, Pearly-Thinaah kekal beregu wanita
BAM merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada pemain terbabit dan mengiktiraf dedikasi serta sumbangan mereka kepada negara.
Jodoh 14 tahun BAM-Hendrawan berakhir
Jurulatih perseorangan, Hendrawan dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berpisah selepas 14 tahun.
BAM umum skuad negara ke Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024
BAM mengumumkan barisan skuad kebangsaan bagi kedua-dua kategori berpasukan campuran dan individu untuk Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024.
Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza
Inisiatif pertama dilakukan Mohamad Norza selepas terpilih sebagai Naib Presiden OCA bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.
Tiada betul atau salah Sze Fei-Izzudin keluar BAM - Bekas atlet badminton negara
Menurut Chong Ming, tiada yang salah mahupun tiada yang betul mengenai keputusan mereka untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Sambung kontrak, balas jasa BAM dengan pingat emas - Aaron
Keputusan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk terus di bawah BAM adalah untuk membalas jasa persatuan itu dengan pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Norza letak jawatan Presiden BAM
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, mengambil keputusan untuk meletak jawatan daripada badan induk itu.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal dalam perancangan BAM hingga 2028
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
BAM akui gagal capai sasaran di Olimpik Paris 2024
BAM akui pemain-pemain di bawah naungannya yang beraksi di Olimpik Paris 2024 tidak mencapai sasaran ditetapkan selepas gagal membawa pulang pingat emas.