Pemain Mesir menguasai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2014 apabila merangkul gelaran lelaki dan wanita pada perlawanan akhir di pusat membeli-belah NU Sentral di sini pada Sabtu.
Ini merupakan kali kedua pemain dari Mesir menguasai kedua-dua kategori itu selepas edisi 2012.
Pada final acara wanita, pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily merangkul gelaran Terbuka Malaysia buat kali kedua selepas mengalahkan rakan senegara Nour El Tayeb 7-11, 11-3, 12-10, 2-11 dan 11-7.
Pemain berusia 25 tahun itu merangkul gelaran sulungnya selepas menundukkan ratu skuasy negara Datuk Nicol David pada final edisi 2012.
"Saya amat gembira untuk menjuarai kejohanan ini sekali lagi selepas sekian lama tidak merasai kejayaan," kata Raneem yang membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai US$10,200 (RM32,242).
Dalam pada itu, Nour, selaku naib juara, memperoleh hadiah wang tunai US$6,900 (RM21,810).
Dalam acara final lelaki, Mohamed El Shorbagy mengambil masa 34 minit sahaja untuk merangkul kejuaraan sulung Terbuka Malaysia selepas mengalahkan pemain Hong Kong, Max Lee, dengan 11-6, 11-7 dan 11-9.
"Ini merupakan kemenangan sulung musim ini dan ia amat berharga bagi saya. Kejayaan ini sudah pasti menyuntik semangat untuk persediaan menghadapi Terbuka Hong Kong minggu depan," kata El Shorbagy.
Kejayaan itu membolehkan pemain berusia 23 tahun itu membawa pulang trofi serta hadiah wang tunai US$8,055 (RM25,461) manakala Max, yang mara dari pusingan kelayakan, menerima US$5,511 (RM17,420).
Bernama
Sat Aug 23 2014

Raneem El Weleily (kiri) dan Mohamed El Shorbagy pemenang Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2014
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Terbuka Malaysia 2014 milik pemain Mesir
Pemain Mesir menguasai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2014 apabila merangkul gelaran lelaki dan wanita pada perlawanan akhir.