BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan wakil dari Taiwan, Yang Chu Yun-Teng Chun Hsun dalam aksi suku akhir Terbuka Korea Selatan di Stadium Tertutup Mokpo, hari ini.

Aksi set pertama menyaksikan wakil negara berdepan saingan sengit daripada Yang Chu Yun-Teng Chun Hsun sebelum kembali merapatkan jurang dua mata untuk menang 21-19.

Pearly-Thinaah yang merupakan pilihan keempat kejohanan dilihat tiada masalah untuk memberikan aksi terbaik dalam set kedua sekali gus menang 21-15 dalam tempoh 35 minit untuk ke separuh akhir.

Dalam pada itu, wakil beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Ee Wei, menewaskan rakan senegara Goh Soon Huat-Lai Shevon dalam aksi straight set 21-18-21-11 untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Pearly Tan-M Thinaah bakal berdepan cabaran daripada pilihan pertama kejohanan dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee, manakala, Tang Jie-Ee Wei pula akan berdepan wakil dari China, Cheng Xing-Zhang Chi, esok. -- Stadium Astro