KUALA LUMPUR: Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terbukti mereka lebih unggul berbanding rakan senegara, pasangan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dalam aksi suku akhir Terbuka Jerman 2022, malam tadi.
Ini berikutan gandingan bukan pilihan kejohanan, Sze Fei-Nur Izzuddin menewaskan Yew Sin-Ee Yi, pilihan keenam kejohanan itu, untuk menempah tempat ke separuh akhir hari ini selepas mengharungi pertarungan sengit sehingga 'rubber set' yang berlangsung selama satu jam 15 minit.
Perlawanan yang diadakan di Westenergie Sporthalle, Mulheim an der Ruhr itu menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin bermula garang apabila mereka memenangi perlawanan set pertama, 21-15.
Bagaimanapun, Yew Sin-Ee Yi, bangkit memberi tentangan dengan kemenangan 22-20 sebelum Sze Fei-Nur Izzuddin mengesahkan tempat ke separuh akhir, juga dengan kelebihan dua mata, 21-19.
Dengan kemenangan ini, Sze Fei-Nur Izzuddin, ranking ke-17 terbaik dunia akan menentang pasangan beregu He Ji Ting-Zhu Hao Dong selepas gandingan China itu menewaskan beregu dari India, Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala dengan 21-11, 23-21.
Sementara itu, beregu campuran Malaysia, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing gagal mara setelah tewas di tangan pilihan utama dari Thailand Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, dengan 11-21, 18-21, pada peringkat suku akhir.
Selain Sze Fei-Nur Izzuddin, Malaysia akan mempunyai seorang lagi wakil pada perlawanan separuh akhir selepas pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menewaskan Zhao Jun Peng dari China, 21-12, 21-18.
Zii Jia akan bertemu Kunlavut Vitidsarn dair Thailand untuk penentuan tiket ke pentas final, esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 12 2022
Sze Fei-Nur Izzuddin. - Facebook/Badminton Association of Malaysia - BAM
Imigresen tumpaskan sindiket penyeludupan orang di Kelantan
Enam warga Thailand, termasuk dalang utama rangkaian sindiket penyeludupan manusia di Kelantan ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Rantau Panjang pada Rabu lepas.
Jenayah: Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Tindakan dua lelaki mencuri kabel pencawang elektrik milik syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Seksyen 6 di Shah Alam, pada Jumaat.
Bencana Banjir: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
ASEAN: Mesyuarat Menteri Pengangkutan terima inisiatif kukuh kerjasama
Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) ke-30 yang menutup tirai pada Jumaat, menerima pakai inisiatif penting untuk meningkatkan keterhubungan, kemampanan dan inovasi dalam sektor pengangkutan ASEAN, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Terbuka Jerman: Yamaguchi sekat impian Jin Wei ke final
Pertemuan kedua buat dua seteru itu pada tahun ini menyaksikan Yamaguchi merakamkan kemenangan dalam tempoh 33 minit.
Beregu campuran negara tawan Terbuka Jerman
Goh Soon Huat-Shevon Lai, merangkul kejuaraan pertama di pentas antarabangsa tahun ini selepas menumpaskan wakil Denmark dalam final Kejohanan Badminton Terbuka Jerman malam ini.