KUALA LUMPUR: Beregu campuran Chen Tang Jie-Peck Yen Wei mengejutkan bekas senior mereka dalam skuad kebangsaan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dalam pertarungan sengit selama 71 minit untuk mara ke final Terbuka India.
Beraksi dalam separuh akhir pertama mereka di acara Jelajah Dunia Super 500 Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pasangan nombor 40 dunia itu menumpaskan pasangan nombor 10 dunia 21-19, 21-23, 21-14 di KD Jadhav Indoor Hall, New Delhi, hari ini.
"Kami sangat gembira dapat memenangi perlawanan ini, ini akan menjadi final sulung acara 500 buat kami. Walaupun kami menang perlawanan hari ini, kami masih perlu belajar lebih banyak lagi daripada mereka dan kami amat hormat terhadap mereka.
Untuk final, seperti biasa kami akan berbincang strategi perlawanan kemudian selepas makan malam dengan jurulatih. Selain daripada itu, kami juga akan berbincang dengan senior kami (pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016) Chan Peng Soon kerana beliau berpengalaman luas untuk membantu kami menghadapi perlawanan," kata Tang Jie menerusi suatu pesanan suara.
Di atas kertas, Juara Antarabangsa Malaysia 2018 itu seharusnya memiliki kelebihan terhadap pasangan di ranking 182 dunia, Terry Hee Yong Kai-Tan Wei Han dari Singapura dalam percubaan untuk merebut gelaran juara utama sulung mereka esok.
Pasangan Singapura itu mendapat kemenangan tanpa bertanding dalam satu lagi perlawanan separuh akhir selepas Rodion Alimov-Alina Davletova dari Rusia menarik diri setelah Alimov didapati positif COVID-19.
Sementara itu, bintang perseorangan lelaki yang sedang meningkat naik Ng Tze Yong memberikan tentangan hebat kepada pilihan ketiga kejohanan Lakhya Sen dari India sebelum tewas di dalam perlawanan yang berlangsung selama 67 minit.
Biarpun bermula dengan baik dengan kemenangan 21-19 pada set pertama , pemain berusia 21 tahun dan menduduki ranking ke-60 dunia, tewas 16-21, 12-21 dalam set seterusnya kepada pemain nombor 17 dunia itu.
Ini merupakan kali kedua Tze Yong tewas kepada Lakhya dalam pertembungan antara mereka.
Dalam beregu lelaki, gandingan nombor 11 dunia Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menamatkan saingan di Terbuka India selepas ditundukkan beregu nombor dua dunia Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan dari Indonesia, 21-15, 21-18.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 15 2022

Beregu campuran Chen Tang Jie-Peck Yen Wei mengejutkan bekas senior mereka dalam skuad kebangsaan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dalam pertarungan sengit selama 71 minit untuk mara ke final Terbuka India. - Foto Stadium Astro

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Terbuka China: Tang Jie-Ee Wei hanya perlu 26 minit untuk mara ke pusingan kedua
Gandingan kesembilan dunia itu mudah menewaskan K.Sathish KumarAadya Variyath dengan keputusan straight set 21-14, 21-11.

Tang Jie-Ee Wei mara ke final Terbuka Korea
BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke perlawanan akhir Terbuka Korea selepas menewaskan gandingan berpengalaman dari China, Cheng Xing-Zhang Chi di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul.

Tang Jie-Ee Wei ketuai kemaraan pemain Malaysia di Switzerland
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kembali mempamerkan permainan matang apabila mengesahkan kemaraan ke suku akhir Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland Super 300 di Saint Jakobshalle, Basel awal pagi Jumaat.

Tang Jie-Ee Wei mara ke final Masters Thailand
Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak kecemerlangan mereka apabila berjaya menempah tempat di final Masters Thailand di Bangkok, hari ini.

Badminton Masters Jepun: Pasangan junior negara tewaskan pasangan senior
Gandingan beregu campuran muda negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuktikan mereka lebih unggul daripada pasangan senior profesional negara.

Badminton Terbuka China: Beregu pilihan ketujuh rampas penamat kisah dongeng Tang Jie-Ee Wei
Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, untuk memburu penamat kisah dongeng dalam Kejohanan Badminton Terbuka China BWF tidak kesampaian,

Sensasi Tang Jie-Ee Wei mara ke separuh akhir Terbuka China
Kejayaan itu diraih setelah mereka yang menghuni ranking ke-11 dunia mengalahkan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin dari Taiwan pada aksi suku akhir Terbuka China di Changzhou.

BAC: Tang Jie-Ee Wei ke pusingan kedua, Kian Meng-Pei Jing terkandas
Gandingan negara di ranking ke-22 itu mengejutkan pasangan ke-10 dunia dengan kemenangan mudah 21-14, 21-13 dalam 34 minit pertarungan berlangsung di Dewan Tertutup Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr.

Tang Jie-Ee Wei lakar kejutan ke suku akhir Terbuka Malaysia
Gandingan baharu beregu campuran negara itu mencapai kemenangan straight set 21-19, 21-16 dalam masa 46 minit.

Sukan SEA Hanoi: Menang emas beregu campuran, Tang Jie-Yen Wei tamat penantian 23 tahun
Pasangan itu menamatkan penantian emas selama 23 tahun Malaysia dalam acara beregu campuran.