Turun sebagai gandingan pilihan ketiga, Tang Jie dan Ee Wei mempamerkan penguasaan pada awal permainan tetapi menuju ke pertengahan set pertama mereka beberapa kali dipintas lawan sebelum kembali mendominasi untuk menamatkan set berkenaan dengan kemenangan 21-16.
Skrip berbeza berlaku dalam set kedua, di mana beregu negara itu jauh ketinggalan 6-12 tetapi mereka kemudian meraih 10 mata berturut-turut untuk mendahului 16-12 dan seterusnya menamatkan saingan dengan kemenangan 21-17 selepas secara keseluruhan bertarung selama 43 minit.
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara gandingan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, dan wakil Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, bagi penentuan ke final esok. -- Stadium Astro