LORENZO Musetti memenangi gelaran Jelajah ATP pertama sepanjang kariernya selepas menewaskan Carlos Alcaraz dalam final Kejohanan Tenis Terbuka Eropah Hamburg malam tadi.
Terdahulu, pemain pilihan utama, Alcaraz memastikan dia akan menjadi pemain termuda berada dalam kelompok pemain di ranking lima teratas ATP sejak Rafael Nadal melakukan perkara sama pada 2005 apabila menewaskan Alex Molcan dalam separuh akhir.
Bagaimanapun, pemain berusia 19 tahun itu melakukan terlalu banyak kesilapan dalam penentuan gelaran, membenarkan Musetti, 20, meraih kemenangan 6-4, 6-7, 6-4.
Alcaraz menerima padah daripada permulaan perlahannya di atas gelanggang tanah liat itu, di mana empat 'unforced error' yang dilakukannya membantu Musetti memperoleh mata break seawal game pertama.
Walaupun pemain Sepanyol itu segera bangkit, lawannya memperoleh satu lagi mata break untuk mendahului 4-3 dalam laluannya memenangi set pertama.
Musetti kemudian mempamerkan penguasaan awal dalam set kedua untuk mendahului 2-0 tetapi Alcaraz mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk memperoleh beberapa mata akhir ketika kedudukan terikat 5-5 dan memenangi penentuan 'tie-break' set berkenaan.
Aksi dalam set penentuan berlangsung sengit sehinggalah Musetti mematahkan servis lawannya untuk menang 6-4, di mana pukulan balas Alcaraz terkeluar gelanggang.
Astro Arena
Mon Jul 25 2022
Aksi Lorenzo Musetti ketika membalas hantaran dari Carlos Alcaraz, dalam pusingan final Kejohanan Tenis Terbuka Eropah Hamburg di Jerman, 24 Julai 2022. (Foto AP)
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Terbuka Hamburg: Musetti menang gelaran ATP pertama selepas atasi Alcaraz
Empat 'unforced error' yang dilakukan Alcaraz membantu Musetti memperoleh mata break seawal game pertama.
Tenis Terbuka Perancis: Nadal tepati ramalan benam Sinner
Rafael Nadal meneruskan pemburuan gelaran ke-14 dalam Kejohanan Tenis Terbuka Perancis apabila mudah mengatasi Jannik Sinner.