RAFAEL NADAL gembira untuk melepasi ujian getir menentang Francisco Cerundolo ketika membuka kempen Kejohanan Wimbledon sambil enggan menyalahkan kecederaan kakinya selepas tercicir set ketiga ketika menentang pemain Argentina itu.
Nadal terpaksa bekerja awal pagi tadi apabila memerlukan tiga jam dan 33 minit untuk menyudahkan kemenangan 6-4, 6-3, 3-6, 6-4 ke atas Cerundolo.
Juara 22 Grand Slam itu melakukan 41 kesilapan sebelum menyusunkan semula rentaknya untuk mara ke pusingan kedua dengan memenangi 11 mata berturut-turut ketika bangkit daripada ketinggalan dalam set keempat untuk mengesahkan pertemuan dengan Ricardas Berankis.
Pemain Sepanyol itu berkata kekurangan aksinya di atas rumput sentiasa membuatkannya bergelut di gelanggang rumput.
"Saya akan bercakap tentang kaki saya hari ini dan tidak lagi selepas ini, tidak pasti sama ada ia bagus untuk anda semua," kata pilihan kedua itu.
"Saya akan bercakap tentang kaki saya hari ini dan tidak lagi selepas ini, tidak pasti sama ada ia bagus untuk anda semua," kata pilihan kedua itu.
“Saya perlu memberikan penghargaan kepada Fran, dia beraksi hebat dan dia adalah lawan yang sangat sukar.
“Rumput bukanlah permukaan yang kami kerap bermain terutama dalam kes saya. Atas sebab berbeza, tiga tahun lalu saya tidak dapat menjejakkan kaki di atas rumput.
“Ia sentiasa mengambil sedikit masa -– ini adalah perlawanan pertama saya dan setiap hari adalah ujian dan hari ini merupakan salah satu ujian penting itu.
“Pada awal kejohanan, khususnya dalam keadaan saya tiba di sini, kemenangan adalah perkara paling penting kerana ia akan memberi saya peluang untuk berlatih semula esok dan mempunyai satu lagi perlawanan dalam tempoh dua hari, jadi saya gembira untuk itu. Tidak syak lagi."
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro