KUALA LUMPUR: Persatuan Lawn Tenis Malaysia (Tenis Malaysia) mengorak langkah dengan memperkenalkan program pembangunan dikenali R-O-G [Red(merah)-Orange(oren)-Green(hijau)], dalam usaha melahirkan lebih banyak bakat muda sukan itu.
Presiden Tenis Malaysia Mirzan Mahathir berkata program berkenaan adalah hasil perbincangan bersama Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) serta persatuan tenis kebangsaan lain yang mempunyai program pembangunan berjaya, dengan memfokuskan kepada kanak-kanak berusia lapan hingga 10 tahun.
Program berkenaan akan dilaksanakan di peringkat negeri bermula tahun ini, katanya.
"Kami rasakan selepas tujuh tahun melaksanakan program sedia ada, sudah tiba masa untuk menilai keputusan dan menangani isu yang menyekat kemampuan pemain muda dalam menyerlahkan potensi mereka.
"Kita akan beri taklimat kepada rakan kongsi, jurulatih, pemain, ibu bapa dan pihak berkepentingan lain supaya kita semua dapat menjayakan program ini," katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.
Mirzan berkata pemain berusia 10 tahun dan ke bawah, akan meningkatkan kemahiran mereka dengan menggunakan bola merah, oren dan hijau seperti ditetapkan oleh ITF.
"Mereka menggunakan raket lebih kecil dan ringan di gelanggang tenis mini dengan jaring lebih rendah. Setiap rakan kongsi negeri bersama kelab di bawah program Inisiatif Tenis Remaja (JTI) digalakkan menyertai pertandingan tenis dijalankan secara bulanan.
"Mereka yang berada dalam kelompok empat teratas dalam setiap kategori umur boleh bersaing dalam kejohanan zon yang diadakan setiap enam bulan," katanya.
Beliau berkata lima zon iaitu Utara, Selatan, Timur, Tengah, dan Sabah-Sarawak-Labuan dengan tiga pemain dalam kelompok teratas dari setiap kategori umur dijemput untuk bertanding dalam kejohanan kebangsaan dua kali setahun.
"Kami melaksanakan pembangunan pemain muda dengan matlamat mencipta juara untuk masa depan. Sokongan daripada pihak berkepentingan adalah penting untuk memastikan matlamat dapat dicapai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024

Persatuan Lawn Tenis Malaysia (Tenis Malaysia) mengorak langkah dengan memperkenalkan program pembangunan dikenali R-O-G, dalam usaha melahirkan lebih banyak bakat muda sukan itu. - Foto BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tenis Malaysia perkenal program pembangunan bakat muda
Program berkenaan akan dilaksanakan di peringkat negeri bermula tahun ini.