Penyandang presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah bakal dicabar anakanda baginda, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada kongres tahunan ke-50 FAM, 25 Mei ini.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tiga calon bakal bersaing untuk mengisi dua slot jawatan Timbalan Presiden iaitu Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Seri Afandi Hamzah yang merupakan penyandang Naib Presiden, selain Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.
Katanya lapan calon akan bersaing merebut empat jawatan Naib Presiden iaitu Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Sudarsono Osman, Datuk Rozabil Abdul Rahman, Datuk Astaman Abdul Aziz, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Datuk Rosmadi Ismail, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.
"Nama-nama itu merupakan pencalonan yang kita terima (daripada anggota gabungan) sebelum tarikh tutup 23 Mac lepas, namun ada beberapa calon yang menarik diri di saat akhir atas beberapa faktor," kata Hamidin.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ke-11 FAM bagi penggal 2010-2014 di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini hari ini.
Ia dipengerusikan Sultan Ahmad Shah dan turut dihadiri Tengku Abdullah serta anggota gabungan FAM.
Senarai Penuh Calon Pada Kongres Tahunan FAM ke-50:
----------------------------------------------------
Presiden:
Sultan Ahmad Shah (penyandang)
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (penyandang Timbalan Presiden)
Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Presiden PBNJ)
Timbalan Presiden:
Datuk Seri Subahan Kamal (penyandang Naib Presiden)
Datuk Seri Afandi Hamzah (penyandang Naib Presiden)
Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Timbalan Presiden FAS)
Naib Presiden:
Datuk Takiyuddin Hassan (Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia)
Datu Sudarsono Osman (Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak)
Datuk Rozabil Abdul Rahman (Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis)
Datuk Astaman Abdul Aziz (Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur)
Datuk Rosmadi Ismail (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan)
Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Presiden Persatuan Bola Sepak Perak)
Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid (Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu)
Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera)
Ahli Jawatankuasa Eksekutif:
Lelaki:
Datuk Yusof Mahadi (Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka)
Datuk Osman Salleh (penyandang)
Alijus @ Mohd Ali Sipil (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah)
Abdul Aziz Yeop Jamaludin (Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak)
Datuk S. Sivasundaram (penyandang)
Goh Ah Chai (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia)
Datuk Abdul Halim Muazzam Datuk Ayob (Penolong Pengurus Bola Sepak Sukan Sea Myanmar 2013)
Datuk Mohd Junid Mohd Noor (Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang)
Datuk Md Yunos Husin (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia)
Datuk Tajuddin Abdullah (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang)
Datuk Othman Aziz (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah)
Marzuki Sulong (Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu)
Datuk Ahmad Fuad Daud (Pengarah Sukan Felda)
Azman Ibrahim (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan)
Lt Kol Abdul Rani Abdul Rahim (penyandang)
Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib (penyandang)
Datuk Ahmad Shafie (Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia)
Datuk Khaidir Buyong (Setiausaha Agung Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia)
Mej Jen Datuk Mazelan Kasap (Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera)
Isham Shaharudin dan Muhammad Yadzan Mohammad (Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Perak)
Mohd Fahrizal Datuk Hassan (Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang)
Wanita:
Roslina Idrus
Normala Md Yusof
Tengku Ellie Badariah Tunku Ahmad
Prof Dr. Rajeswari Nadaraja
Datin Malianah Ugau
Brig Jen Datuk Norhuda Ahmad
Normala Rashid
Siti Suhaila Mohd Johari
Ee Hong
Bernama
Sat Apr 19 2014

Sultan Ahmad Shah - Gambar Fail

White House rancang perubahan akses media ke atas Presiden Trump
Pasukan media White House akan tentukan wartawan mana yang akan dibenarkan dekat dengan Presiden sepanjang masa.

Liga Super: "Tahniah JDT, mereka memimpin bola sepak Malaysia" - Jurulatih Selangor
Kinoshi harap JDT teruskan memimpin bola sepak Malaysia dan pamerkan penguasaan Malaysia di seluruh dunia.

JBPM siap siaga hadapi musim kemarau dijangka bermula Mac
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memberi tumpuan berhadapan peralihan cuaca daripada Monsun Timur Laut (MTL) kepada musim kemarau, yang dijangka bermula pada pertengahan Mac depan.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 27 April hingga 2 Mei di Perlis
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTQHK) Tahun 1446H/2025M akan diadakan pada 27 April hingga 2 Mei ini di Perlis.

KKR perluas penggunaan teknologi BIM dalam pembinaan jalan raya
Penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) akan diperluas dalam pembinaan lebuh raya dan jalan raya, sebagai satu usaha memendekkan tempoh pengurusan sesuatu projek siap.

MTCDP sokong pertumbuhan 348 MTC sehingga kini - MATRADE
MATRADE berhasil dalam memperkasakan dan membimbing 348 MTC daripada pelbagai sektor melalui MTCDP sehingga kini.

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.

KPWKM sasar 13,000 kaunselor berdaftar hujung tahun ini
Setakat ini, 11,700 kaunselor sudah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

Manfaat PKS: MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta
Dana itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi.

Tengku Abdullah cabar Sultan Ahmad Shah jawatan presiden FAM
Tiga calon bakal bersaing untuk mengisi dua slot jawatan Timbalan Presiden iaitu Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Seri Afandi Hamzah.