CRISTIANO RONALDO telah dilabelkan sebagai 'gergasi' oleh pengendali Manchester United yang bakal tiba, Erik ten Hag, yang teruja untuk bekerja dengan pemain hebat Portugal itu.

Penyerang veteran Ronaldo kembali ke United dari Juventus dengan perjanjian dua tahun, dengan Red Devils mengekalkan pilihan untuk melanjutkannya selama 12 bulan lagi.

Walaupun menjaringkan 18 gol Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam 30 penampilan di liga utama musim ini, terdapat spekulasi Ronaldo mungkin bakal berhijrah susulan musim yang sangat mengecewakan bersama United.

United berada di tangga keenam menuju ke perlawanan terakhir kempen menentang Crystal Palace Ahad ini, dengan kekalahan memberi peluang kepada West Ham untuk melonjakkan mereka dalam kedudukan.

Tetapi Ten Hag, bercakap kepada De Telegraaf, menyatakan dengan pasti dia teruja dengan prospek bekerja dengan salah seorang pemain hebat sepanjang zaman.

"Saya tidak sabar untuk bekerja dengannya," kata Ten Hag. “Ronaldo adalah seorang gergasi, kerana apa yang telah dia tunjukkan, dan saya fikir dia masih sangat bercita-cita tinggi.

"Sudah tentu saya mahu mengekalkannya. Dia sangat penting untuk Manchester United tahun ini dan boleh menunjukkan statistik yang hebat."



*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro