Taekwondo Malaysia (TM) melantik jurulatih muda dari Korea Selatan, Kim Hyeong Seob untuk mempersiapkan atlet kyorugi (tempur) negara ke Sukan SEA 2019 di Manila, November ini.
Presiden TM, Azizul Anwar Adenan berkata, jurulatih berusia 26 tahun itu juga diberi tanggungjawab untuk membantu atlet negara meraih kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, walaupun peluang itu dilihat agak tipis.
"Kim akan diberi tempoh percubaan selama tiga bulan bermula Mac ini untuk menyesuaikan diri di Malaysia, sebelum keputusan mengenai kontraknya dibincangkan, dengan tempoh minimum adalah setahun.
"Antara kriteria pemilihan adalah berdasarkan kemahirannya dan kesediaan untuk menerima gaji (AS$2,500 atau RM10,188 sebulan) yang kami tawarkan.
"Beliau merupakan rakan sepelatih kepada pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016, Lee Dae-hoon, jadi kami harap beliau dapat meningkatkan prestasi atlet Malaysia," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Taekwondo Kebangsaan 2019 di Wisma OCM, di sini pada Sabtu.
Azizul Anwar berkata Kim merupakan antara calon dicadangkan Persatuan Taekwondo Korea Selatan ketika delegasi TM yang diketuai beliau sendiri mengunjungi negara itu beberapa hari lepas.
Kim bakal menggantikan tempat rakan senegaranya, Kim Hong Goun yang kembali ke negara asalnya, manakala jurulatih poomsae, Jin Jun Beom akan terus kekal mengendalikan bahagian itu.
Sebagai rekod, kali terakhir atlet taekwondo negara layak ke Sukan Olimpik adalah pada edisi 2008 di Beijing, menerusi Elaine Teo dan Che Chew Chan, masing-masing beraksi dalam kategori wanita bawah 57kg dan lebih 67kg.
Sementara itu, lebih 400 peserta menyertai Kejohanan Taekwondo Kebangsaan kali ke-10 itu yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, bagi disiplin poomsae (seni) dan kyorugi, yang juga merupakan pentas pemilihan untuk Sukan SEA 2019. -- Bernama
Bernama
Sat Feb 23 2019
Azizul Anwar (dua, kiri) beramah mesra bersama para peserta pada Majlis Perasmian Kejohanan Taekwando Nasional 2019 di Wisma Majlis Olimpik Malaysia pada Sabtu. - BERNAMA
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Taekwondo Malaysia lantik jurulatih kyorugi muda dari Korea Selatan
Taekwondo Malaysia melantik jurulatih muda dari Korea Selatan, Kim Hyeong Seob untuk mempersiapkan atlet kyorugi negara ke Sukan SEA.