Stadium Olimpik Sydney akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir Piala Asia 2015 menurut satu sumber rasmi.

Kejohanan perlawanan bolasepak itu akan berlangsung dari 9 hingga 31 Januari dan sebanyak 32 perlawanan akan berlangsung yang menyaksikan Jepun bakal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Qatar pada 2011 lalu.

"Kami gembira kerana berada pada lima venue teratas untuk kejohanan dan perlawanannya juga telah ditetapkan," menurut Ketua Eksekutif Jawatankuasa Penganjuran Australia Michael Brown.

"Ini akan membolehkan perancangan dijalankan mengikut jadual bagi memastikan Piala Asia 2015 di Australia menjadi acara kelas dunia".

Sementara itu, Melbourne, Brisbane dan Canberra akan menjadi tuan rumah perlawanan bagi enam kumpulan dan suku akhir. Newcastle pula akan menjadi tuan rumah satu daripada dua perlawanan separuh akhir selain Sydney.

Stadium Hunter Newcastle, dua jam perjalanan dari Sydney boleh memuatkan 33,000 penonton turut menjadi tuan rumah penentuan tempat ketiga bagi empat kumpulan yang bertanding.

Jepun, Australia dan Korea Selatan masing-masing melepasi pusingan kelayakan setelah menjadi juara, naib juara dan tempat ketiga. Manakala Korea Utara layak setelah memenangi Piala Cabaran AFC.