Disiplin merupakan kunci utama kejayaan atlet negara Iskandar Alwi memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri bagi acara lompat bergalah lelaki pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-17 di Stadium Tuanku Syed Putra di sini hari ini.
Beliau yang mewakili Johor melakukan lompatan setinggi 5.15 meter iaitu mengatasi rekod 5.10m yang dilakukannya pada Sukan SEA Myanmar 2013.
Atlet berusia 20 tahun ini juga turut memperbaharui rekod Sukma miliknya iaitu setinggi 4.80m pada edisi 2012 di Pahang.
Pingat perak menjadi milik Mohammad Afiq Ahmad Alham juga dari Johor dengan catatan 4.60m manakala Mohd Rahimin Mohd Nasir dari Perak meraih pingat gangsa dengan catatan 4.00m.
"Sebenarnya saya susah bangun awal, lima bulan saya cuba mendisiplinkan diri saya tidur seawal 11 malam dan bangun awal pagi. Memang berhasil, jadi mendisplinkan diri paling penting jika mahu pergi jauh dalam sukan ini.
"Saya sasar mahu lakukan rekod Sukma sahaja tetapi tak sangka dapat memperbaharui rekod kebangsaan. Pencapaian ini juga membakar semangat untuk saya membuat yang lebih baik pada Sukan Asia di Incheon pada September depan," katanya yang juga merupakan pemenang pingat perak Sukan SEA, Myanmar 2013.
Dalam pada itu bagi acara 110m lari berpagar lelaki menyaksikan Muhd Ajmal Aiman Mat Hassan dari Terengganu meraih pingat emas dengan catatan masa terpantas 14.58 saat manakala pingat perak menjadi milik Muhammad Hafiz Ghazali dari Selangor dengan 14.92s.
Pingat gangsa menjadi milik Mohd Ammar Zakuan Zanuar dari Johor dengan catatan 15.18s.
Bagi acara 100m lari berpagar wanita, ia menjadi milik Ku Munirah Ku Zamzuri dari Melaka dengan catatan 14.61s menewaskan pemenang pingat perak dan gangsa masing-masing iaitu Aini Nurazira Mohd Ali dari Johor (14.71s) dan Nur Amanina Tugimin dari Wilayah Persekutuan (14.79s).
Bernama
Sun Jun 01 2014
BANGGA: Iskandar Alwi turut memperbaharui rekod Sukma miliknya iaitu setinggi 4.80m pada edisi 2012. -fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
SUKMA: Iskandar Alwi baharui rekod kebangsaan lompat bergalah
Wakil Johor itu melakukan lompatan setinggi 5.15 meter iaitu mengatasi rekod 5.10m yang dilakukannya pada Sukan SEA Myanmar 2013.