Majlis Sukan Negeri Sembilan memohon peruntukan RM5 juta daripada kerajaan negeri bagi persiapan kontinjen negeri pada Sukan Malaysia (Sukma) 2020 di Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia Dan Sukan negeri Mohamad Taufek Abd Ghani berkata beliau sudah berbincang mengenai perkara itu dengan Pegawai Kewangan Negeri, dan dengan persetujuan Menteri Besar, perkara itu akan dibentangkan pada Belanjawan 2020 bulan November ini.
"Kita mohon RM5 juta untuk dipertimbangkan, tetapi biasalah akan ada pengurangan di sana sini. Bagaimanapun, jaminan yang diberikan... InsyaAllah tidak kurang daripada RM4 juta. Sukma tahun lepas di Perak kita juga mendapat jumlah peruntukan yang sama (RM4 juta). Saya yakin segala perancangan akan berjalan dengan baik.
"Pada Sukma 2018 Perak, Negeri Sembilan menduduki senarai ke-12 daripada 15 kontinjen yang bertanding dengan memperolehi 13 emas, 18 perak dan 43 gangsa," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian insentif kemenangan dan pelancaran program atlet menembak Sukma 2020 di sini, pada Sabtu.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden Persatuan Menembak Negeri Sembilan Dr Wan Ikmal Wan Ahmad dan Penolong Pengarah MSN Mohd Yazid Mustafa.
Mengulas lanjut, Mohamad Taufek berkata dari segi persiapan, beliau telah memanggil mesyuarat semua persatuan sukan dan sudah mengarahkan mereka supaya membuat perancangan rapi dari segi pemilihan atlet dan jurulatih.
"Kita juga akan bermesyuarat lagi dalam masa terdekat untuk mendapatkan maklumat di mana kita akan tumpukan pula kepada latihan. Kita ada time-line iaitu sebelum akhir tahun ini semua pemilihan atlet telah siap dan bermula Januari 2020 kita akan fokus pula kepada persiapan terakhir.
"Pada Sukma 2020 Johor, kita mensasarkan kedudukan antara 10 pasukan teratas. Saya yakin dengan persiapan rapi yang kita buat dan maklumat yang kita terima, tidak mustahil kita boleh mencapai sasaran," katanya.
Sementara itu, katanya tujuh orang atlet menembak Johor akan menerima pembayaran elaun RM400 hingga RM600 sebulan bermula bulan ini hingga Julai 2020.
Pada majlis itu atlet menembak Negeri Sembilan yang juga penembak pelapis kebangsaan, Alia Husna Budruddin, 18, menerima insentif RM500.
Insentif itu diberikan berdasarkan pencapaian Alia Husna memenangi pingat emas pada Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) di Jakarta, Indonesia pada Ogos lepas dan juga memenangi pingat emas acara tiga posisi dan acara prone pada Kejohanan Sirkit Kedua Kebangsaan di Sarawak pada 10 hingga 15 Sept lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 21 2019
Mohamad Taufek berkata dari segi persiapan, beliau telah memanggil mesyuarat semua persatuan sukan dan sudah mengarahkan mereka supaya membuat perancangan rapi dari segi pemilihan atlet dan jurulatih. --fotoBERNAMA
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Johor harap Bajet 2023 tumpu perkasa belia, sukan
Peruntukan yang lebih besar bagi pembangunan belia dan sukan di negeri juga akan dapat membuktikan golongan muda tidak dipinggirkan.
Sukma 2020: Mohon peruntukan RM5 juta persiapan kontinjen Negeri Sembilan
Mohamad Taufek Abd Ghani berkata perkara itu sudah dibawa dalam perbincangan Pegawai Kewangan Negeri.
Anak muda harus dipandang sebagai rakan strategik, bukan masalah
Kerajaan baharu akan menghormati, memupuk nilai baik dan memberi mereka ruang untuk berfikir secara matang, kritikal serta merdeka.