PENGENDALI Middlesbrough, Aitor Karanka, mengakui sukar untuk mengekang Liverpool selepas menyaksikan pasukannya tewas 3-0 di Stadium Riverside pada Rabu.
Dua gol oleh Adam Lallana dan satu gol Divock Origi melonjakkan Liverpool ke kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris.
Skuad kendalian Jurgen Klopp muncul pasukan Liverpool pertama yang berjaya melakar kemenangan di Teeside sejak tahun 2002.
Selepas menyaksikan pasukannya bolos dengan tiga gol di laman sendiri buat kali pertama sejak Ogos 2014, Karanka bertegas bahawa Liverpool merupakan lawan yang paling sukar untuk dikekang musim ini.
"Perlawanan ini sangat sukar kerana sebelum ini kami telah berdepan pihak lawan yang lain," ujar Karanka.
"Tetapi saya rasa mereka pasukan paling hebat musim ini.
"Kami cuba bangkit pada babak kedua dengan kemasukan Stewart Downing dan Grant Leadbitter tetapi sudah membuktikan kehadiran mereka gagal mengubah situasi.
"Saya tidak boleh mengkritik pemain saya selain berkata bahawa mereka telah cuba memberikan yang terbaik di atas padang.
"Kini kami perlu fokus dengan perlawanan seterusnya berdepan Swansea pada Sabtu."
Astro Arena
Thu Dec 15 2016
KARANKA: Perlawanan ini sangat sukar kerana sebelum ini kami telah berdepan pihak lawan yang lain
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Sukar untuk kekang Liverpool - Karanka
Aitor Karanka mengakui sukar untuk mengekang Liverpool selepas menyaksikan pasukannya tewas 3-0 di Stadium Riverside pada Rabu.