PHNOM PENH: Atlet taekwondo negara, Muhammad Syafiq Zuber mendedikasikan pingat emas dimenangi pada Sukan SEA 2023 di sini, hari ini, kepada ibunya sempena Hari Ibu yang disambut, semalam.
Kejayaan Muhammad Syafiq mengungguli kategori kyorugi lelaki bawah 80 kilogram (kg) itu sekali gus menghadiahkan pingat emas ke-30 buat kontinjen negara pada temasya kali ini.
Pada saingan final berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, atlet berusia 23 tahun itu bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan lawannya dari Indonesia, Naufal Khairudin Osanando, 2-1.
Kejayaan tersebut juga mengulangi pencapaiannya pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun llalu apabila meraih emas dalam acara berkenaan.
Lebih membanggakan pencapaian Muhammad Syafiq itu melegakan kem negara yang ketandusan pingat emas pada hari ke-10 temasya itu hari ini.
Ketika ditemui pemberita, Muhammad Syafiq menzahirkan rasa syukur atas kejayaan mempertahankan gelaran tersebut dan dapat menunaikan permintaan ibunya, Salmah Shafie agar beliau membawa pulang pingat emas.
"(pingat emas) Ini hadiah untuk ibu saya sempena Hari Ibu...dia kata supaya saya bawa balik pingat emas. Pada mulanya saya tidak janji apa-apa tetapi Alhamdulillah saya dapat tunaikan permintaannya," katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada jurulatih, rakan sepasukan, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara yang banyak membantunya sehingga dapat mempertahankan pingat emas tersebut.
Mengenai pertarungan hari ini, beliau tidak menjangka dapat memenangi saingan tersebut kerana belum pernah bertemu lawannya sebelum ini.
"Saya masih tidak percaya dapat memenangi pingat emas ini. Tetap saya beritahu kepada diri sendiri saya boleh melakukan yang terbaik. Sudah tentu tekanan adalah tinggi tetapi saya gembira dapat sekali lagi memenangi emas.
"Bukan mudah mempertahankannya. Saya hanya ikut arah jurulatih, Alhamdulillah saya berjaya," katanya bahawa kem latihan selama dua bulan di Korea Selatan serta pengorbanan dilakukan apabila tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga adalah berbaloi.
Pingat emas dimenangi Muhammad Syafiq pada hari terakhir acara taekwondo itu adalah ketiga daripada kem taekwondo negara selepas dua emas diraih dalam acara poomsae, sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023

Muhammad Syafiq mengungguli kategori kyorugi lelaki bawah 80 kilogram (kg), sekali gus menghadiahkan pingat emas ke-30 buat kontinjen negara pada temasya kali ini. - Foto KBS
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Sukan SEA: Syafiq dedikasikan pingat emas kepada ibu
Atlet taekwondo negara, Muhammad Syafiq Zuber mendedikasikan pingat emas dimenangi pada Sukan SEA 2023, kepada ibunya sempena Hari Ibu.

Sukan SEA Hanoi: Muhammad Syafiq berhadapan 2 lawan sebelum rangkul emas taekwondo
Atlet taekwondo negara Muhammad Syafiq Zuber terpaksa berhadapan dua "lawan" dari Vietnam dalam final kyorugi welterweight (80kg) lelaki pada Sukan SEA Ke-31 sebelum muncul juara.